LAGU UNTUK BLOGGER

Friday 10 June 2011

TAN SRI ABDUL TAIB MAHMUD DI SIASAT OLEH SPRM ???


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa ia sedang menyiasat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung dakwaan rasuah balak.Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, SPRM kini dalam proses mengumpul maklumat berhubung perkara berkenaan.

"Saya akan mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang ini (isu berkenaan). Seperti saya katakan dulu, kami sedang menyiasat Taib Mahmud dan apa jua tindakan kita, kita tidak dapat mendedahkan buat masa ini,” katanya kepada wartawan pada majlis menandatangani dan menyerahkan ikrar integriti korporat kepada SPRM di sini hari ini.

BERNAMA melaporkan Datuk Seri Abu Kassim Mohamed menjawab pertanyaan sama ada SPRM akan mengambil tindakan sebagaimana dilakukan Agensi Pencegahan Rasuah Switzerland,yang baru-baru ini membekukan aset Tan Sri Abdul Taib Mahmud atas dakwaan rasuah balak.

Menurut sumber berita asing Pula,Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland Micheline Calmy-Rey dilaporkan menyedari tentang dakwaan itu dan telah mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawal selia, FINMA (Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland) untuk siasatan lanjut.

No comments:

Post a Comment