LAGU UNTUK BLOGGER

Monday 20 June 2011

Mengapa Pemimpin Pemuda BN Dalang Promosi DA?


Pemimpin Pemuda Sarawak dikatakan melobi DA Abang Johari kepada rakyat Semenanjung.

"Usaha-usaha yang dilakukan oleh beberapa bloger dari Semenanjung untuk mempromosi Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg patut dipuji oleh semua rakyat Sarawak.

Ini menunjukkan bahawa isu kepimpinan Sarawak bukan sahaja mendapat perhatian dari anak-anak tempatan tetapi juga dari anak-anak Semenanjung yang dulunya mungkin kurang arif hal ehwal politik Sarawak.

Kami ingin mengucapkan terimakasih kepada pemimpin Pemuda BN Sarawak, yang berkongsi maklumat dengan bloger semenanjung kerana tindakan ini menunjukkan bahawa anak-anak tempatan ini turut berkongsi hasrat dengan kami untuk melihat peralihan kuasa jawatan Ketua Menteri Sarawak untuk diisi oleh individu yang mendapat restu dari pemuda pemudi". klik disini

Apa yang merisaukan TAJINET adalah mengapa Pemimpin Pemuda BN ini tidak MENDENGAR arahan daripada Ketua Menteri Sarawak .Seperti yang kita tahu bahawa peralihan kuasa KM mendapat restu daripada PM sendiri .Klik disini.Jadi mengapa perkara ini harus berlaku.????Mengapa harus melakukan perkara melobi2 ini?Ada udang disebalik MEE ke?


Dahlah melobi kepada rakyat Semenanjung kenapa tidak kepada rakyat Sarawak sendiri?Bukan kah yang nak dilobi tu untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak sendiri.....Memang pelik????Daripada beri duit kepada blogger semenanjung bagus lagi beri kepada Tajinet ...hahahahh...

No comments:

Post a Comment