LAGU UNTUK BLOGGER

Saturday 18 June 2011

Pemuda tak berganjak, tetap lawan


KUALA LUMPUR 17 Jun – Pemuda UMNO mengulangi pendirian bahawa pergerakan itu tetap akan mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini, walaupun pihak berkuasa enggan mengeluarkan permit.

Malah, pendirian kali ini jauh lebih keras berbanding sebelum ini apabila Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan pada hari tersebut, demi mempertahan sistem demokrasi negara.

Tegasnya, kali ini, Pemuda UMNO tidak akan sesekali berundur daripada pendirian berkenaan meskipun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berulang kali memberi amaran agar semua pihak tidak mengeruhkan keadaan.

“Pemuda terus mengadakan perhimpunan dan perarakan pada 9 Julai. Ini keputusan sebulat suara Pemuda yang diputuskan pada mesyuarat Exco semalam. Ini bukan keputusan yang dibuat oleh saya seorang,” .


Semalam baru dengar suara Hisham bagi AMARAN kepada Khairy Jamaluddin apabila pemuda mahu berhimpun ....pada 9 Mei ini.“Tak kira sama ada saya bekas ketua pemuda atau tidak, Pemuda (Umno) mesti bersedia menerima akibatnya seperti yang saya hadapi ketika menjadi ketua Pemuda,” katanya kepada wartawan di Putrajaya hari sambil menambah “Kerana ia menyalahi undang-undang.”

Hishamuddin berkata polis melihat perarakan dan perhimpunan itu dari sudut keselamatan negara dan mereka yang menganjurkannya mesti berdepan dengan polis.

No comments:

Post a Comment