LAGU UNTUK BLOGGER

Saturday 4 June 2011

PAS -57 : Membangun Negara Berkebajikan


Slogan “Membangun Negara Berkebajikan” adalah satu platform yang melonjakkan PAS untuk terus berjuang demi membangun kebajikan pada semua. Perbezaan slogan PAS yang lepas ,dahulunya mereka hanya nampak perjuangan mereka adalah hanya untuk mengemaskan syiar Islam sahaja dikalangan ahli dan penyokong mereka,namum pada kali ini kepentingan kebajikan negara umumnya menjadi agenda dalam membawa PAS jauh untuk memberi paduan dalam pentadbiran kebajikan yang mereka cuba bawakan.

Hari ini,bermulanya MUKTAMAR TAHUNAN Parti Pas Semalaysia,PAS ke -57 yang menjadi penanda aras sejauhmana PAS akan membawa pembaharuan dalam parti dan senada suara yang mahukan PAS harus meletakkan ketegasan dalam membuat sebarang keputusan dalam parti atau berhubung isu dalam kesepakatan dengan pakatan rakyat.

Harapan semua kepada persidangan PAS ke -57 ini, tidak seperti sebelumnya, agar persidangan pada kali ini memperlihatkan PAS ikhlas dalam memperjuangkan ISLAM seperti diawal penubuhanya. Janganlah persidangan yang mulia ini,dipenuhi kata-kata cemuhan,kutuk-mengutuk seperti kebiasaannya kerana umum semua tahu PAS membawa imej Islam.
Ada sedikit ucapan dan harapan ahli PAS berkenaan Muktamar Tahunan ke -57 ini.dari sumber FB ,YB Dato’ Seri Tuan Guru HJ Abdul Hadi Awang :
  1. Shamshul Anuar Aziz :nantikan ucapan dasar Tuan Guru Presiden PAS Tok Guru, marilah bersama2 pulihkan hubungan dantara adk beradik I*slam kita nie….. Yang bukan Islam kita tinggal sekejap…. Insyaallah……
  2. Madir Madex :moga2 Allah buka hati kita semua bangun membela Islam, Melayu, dan Raja2nya.. Jgn ada lg yg derhaka sampai baring depan kereta Tuanku Raja Muda Perak lagi..
  3. Supi Supian :Assalamualaikum Tuan Guru…walaupon saya org umno…saya doakan semoga perwakilan pas membuat pilihan yg betul demi kelangsungan islam di malaysia…dan diharap ulama pas tidak diketepikan…insyallah.
  4. Yang Aziz :Assalamualaikum Tuan Guru. Hamba doakan supaya Muktamar PAS Pusat ke-57 tidak dipenuhi dengan kutuk mengutuk dan ucapan-ucapan yang cuba menanamkan kebencian kehadap golongan2/puak2/kaum2 yang tidak bersetuju dengan kita, contohnya puak2 yang berpanjikan 2 bilah keris terpacak (asobiyah), atau yang berpanjikan mata 1 (macam dajal) atau pun puak2 yang berpanjikan bulan putih berlangit hijau (macam org jepun bulan merah berlangit putih/jelas majusi)…hamba berkecuali dan berwajib memberi peringatan dengan kebenaran ALLAAH SWT & RasulNYA MUHAMMAD BIN ABDULLAAH SAW…Amiin Ya Rabb Al ‘Alamiin
  5. Abdul Ghafar Zakaria :semoga muktamar mendapat keberkatan dari ALLAH.sumber :KJ wordpress

No comments:

Post a Comment