LAGU UNTUK BLOGGER

Thursday 16 June 2011

Rakyat Malaysia, Sabah Tolak Budaya Demonstrasi


KOTA BELUD, 16 Jun – Tindaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk meneruskan perhimpunan yang dirancang pada 9 Julai walaupun polis memutuskan tidak memberikan permit, tidak membawa manfaat bagi keamanan negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, kata Timbalan Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah,  Datuk Seri Salleh Said Keruak.

“Perarakan atau demonstrasi besar-besaran bukan budaya kita. Kita mempunyai saluran yang cukup bagi menyuarakan rasa tidak puas hati termasuk melalui proses undang-undang dan setiap orang termasuk  Bersih perlu menghormatinya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan program belia “Juara Rakyat” di sini, hari ini.
Tambahnya lagi perhimpunan itu mungkin membawa kepada pelbagai masalah termasuk kesesakan jalan, kerosakan harta benda awam dan menjejaskan perniagaan.
“Sebarang bentuk budaya perhimpunan atau demonstrasi (di jalanan) tidak diterima di negara ini. Perhimpunan itu bukan sahaja akan menyebabkan kesesakan trafik tetapi juga menganggu ketenteraman. Orang yang patuh kepada undang-undang tidak mahu perkara ini berlaku di negara ini.
“Jika Bersih benar-benar mahu mengamalkan hak demokratiknya melalui perhimpunan atau demonstrasi, mereka boleh mengadakannya di dalam stadium atau dewan tertutup dan bukan di jalanan,” katanya.
Sambil menyifatkan perhimpunan itu sebagai bermotifkan politik dalam usaha untuk menarik sokongan kepada pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, Salleh berkata :” Biar orang ramai putuskan kerajaan pilihan mereka melalui peti undi”.

“Kenyataan bahawa calon pembangkang menang banyak kerusi dalam pilihan raya umum lalu membuktikan bahawa proses pilihan raya di negara ini dijalankan secara adil,” katanya.
Menurut laporan akhbar, Pas yang menjadi anggota jawatankuasa Bersih akan menggerakkan 100,000 anggota dan penyokong untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 2.0, yang mungkin diadakan di satu lokasi yang belum dinyatakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai.

Selasa lepas, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan 30 pertubuhan bukan kerajaan berasas Melayu mengumumkan rancangan untuk menganjurkan perhimpunan sebagai membantah perhimpunan Bersih.
Sementara itu, Salleh meminta penduduk Sabah supaya tidak mengambil bahagian dalam mana-mana perhimpunan umum anjuran Bersih.
sumber:umno online

No comments:

Post a Comment