LAGU UNTUK BLOGGER

Saturday 4 June 2011

NAIB PRESIDEN.. NIZAR PANIK DENGAR DIN PUDU MENANG BESAR!!


Ramai di kalangan perwakilan menjangkakan Calon Naib Presiden PAS, Sallahudin Ayub bakal menggondol dan mengekalkan jawatan Naib Presiden PAS. Beliau dikatakan disenangi semua pihak dan tidak mencampuri sebarang percaturan politik dalaman merangkumi 2 puak PAS.

Namun, baru sahaja sebentar tadi beberapa jentera mengiyakan andaian tersebut yang mana kemenangan Salahuddin Ayub akan menyebabkan Nizar Jamaluddin tewas dalam percaturan jawatan No. 3 dalam parti ini. Dikatakan Nizar sedaya upaya mengarahkan pihak yang bertanggungjawab dalam pengiraan undi ini memastikan kemenangan beliau dan mencantas Salahuddin Ayub dari terus bertahan. Nizar juga dikatakan sanggup melakukan apa sahaja cara bagi memastikan musuhnya itu tewas.

Nizar dikatakan berang dan dendam dengan tindakan Salahuddin Ayub yang mengkritik secara terbuka kenyataan bekas MB Perak men''fatwa'kan haram syarie bagi mana2 individu beragama Islam mengundi UMNO pada PRK DUN Tenang yang lalu. Beliau yang ketika itu dilantik sebagai Ketua Pengarah PRK DUN tersebut menganggap kenyataan Nizar dianggap melampau dan akan memberi kesan buruk terhadap sokongan kaum Melayu terhadap PAS. Nizar dikatakan terus hilang hormat pada Salahuddin Ayub setelah dikritik sebegitu rupa yang sedikit sebanyak memalukan beliau.

No comments:

Post a Comment