LAGU UNTUK BLOGGER

Monday 6 June 2011

MUSLIMAH PAS TERKEJUT UCAPAN MAT SABU!!



"Nakal betul Mat Sabu ni..." Mungkin itu bisikan beberapa AJK Muslimah PAS yang mendengar ucapan Timbalan Presiden PAS itu. Agenda yang dibawa Mat Sabu begitu diyakini Hadi Awang. Presiden PAS tidak perlu lagi khuatir dengan asakan mahupun ugutan dari mana2 pihak kerana 'Hero' PAS kini berada di jawatan No. 2 Parti. Namun, bak kata Harun Din. Muktamar PAS ini dikepung oleh Malaikat2 yang melindungi mereka dari melakukan kemaksiatan. 
 
Melindungi dari cekaman dan anasir musuh2 Parti. Benarkah? Melayu CinDia berpendapat Malaikat2 ini telah lari bertempiaran setelah mendengar nama Mat Sabu sebagai pemenang jawatan Timbalan Presiden. Ianya digantikan dengan syaitan2 yang menyebabkan golongan Ulama' PAS dikunci mulut mereka tidak terkata. Semalam Dewan Muktamar yang kononnya dikatakan mulia itu dicemari dengan Ucapan Mat Sabu yang ada menyebut tentang wanita bogel. 
 
Mat Sabu menggunakan tema 'Wanita Bogel' sebagai tajuk utama Ucapan Penggulungan beliau. Sempat pula bertanya kepada Pengerusi Tetap samada pernah melihat aksi wanita bogel. Apa benda ucapan sedemikian yang datang dari sebuah parti yang mencerminkan perwatakan Islam. Malah dalam Kongres DAP sendiripun tidak ada mana2 dari kalangan pemimpin DAP mengeluarkan kata2 tersebut. Agaknyalah kan, Mat Sabu yang mengarahkan agar Video Seks Anwar dibuat dalam bentuk VCD yang kemudiannya diedarkan ke semua masyarakat.

No comments:

Post a Comment