LAGU UNTUK BLOGGER

Monday 28 May 2012

Azmin tidak bersetuju dengan rafizi

Azmin khabarnya tak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Rafizi ini.Alasan ??? Kerana pada pendapat Azmin,ianya masih terlalu awal untuk membuat kenyataan mengenai kekuatan PKR pada ketika ini sedangkan ada Negeri yang belum diselesaikan lagi isu pencalonan.

Menurut info rakan blog ini saya Gelagat Anwar,PKR seboleh mungkin sedang mencari lebih 45 kerusi Parlimen yang boleh dimenangi pada ketika ini.Di Sabah,usaha sedang dilakukan untuk menarik beberapa buah parti/individu yang dirasakan boleh menang bagi menambah kuota kemenangan PKR.



baca lanjut disini: http://badutrakyat.blogspot.com/2012/05/fakta-atau-auta-kalau-105-kerusi.html?m=1

posted from Bloggeroid

Sunday 27 May 2012

Nurul Izzah semakin bingung

Semut cukup setuju dengan apa yang dijelaskan oleh Ketua Penerangan UMNO Lembah Pantai ni. Puak Pembangkang boleh buat apa sahaja kenyataan.

Tetapi hakikatnya, yang melihat dan menyaksikan kejadian pada hari tersebut ialah rakyat dikawasan Nurul Izzah sendiri. Jadi, biarlah mereka sendiri yang menilainya.

Tambah pulak, kita semua pun tahu. Bilangan penyokong PKR disatu - satu lokasi ceramah tu tak de la ramai mana. Yang ramai pun semuanya orang luar.

Jadi, kita tengok la sejauh mana Si Nurul Izzah tu mampu untuk menarik minat rakyat agar terus percaya dengan dakyah pembohongan yang dicanang oleh dia dan Papa Hebatnya. Lagi pun, itu je kerja yang dia tau buat!!! Bukannya dia tau buat kerja lain!!!
SHAH ALAM -  Pendirian Umno tidak sedikit pun terjejas dengan kenyataan Nurul Izzah Anwar yang menafikan dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memulakan provokasi ketika ceramah PKR di pekarangan Pangsapuri Pantai Permai, Lembah Pantai, Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Semalam, kepimpinan Umno Lembah Pantai mendakwa PKR membuat tuduhan tidak berasas kononnya ceramah anjurannya di Lembah Pantai diserang oleh ahli parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini, Ketua Penerangan Umno Lembah Pantai, Datuk Ibrahim Thambychik berkata, PKR boleh terus-menerus membuat penafian, tetapi yakin penduduk Lembah Pantai sendiri tidak dapat menafikan apa sebenarnya berlaku tempoh hari.

“Kita tidak kisah jika PKR ingin nafikan kerana bagi Umno, kita akan memberi sepenuh kebebasan kepada penduduk Lembah Pantai bagi menilai sendiri insiden itu.

“Mereka sendiri ada di situ, jadi seharusnya mereka tahu pihak mana yang bersalah,” kata beliau.

Beliau sendiri hadir dalam majlis anjuran Majlis Permuafakatan Muslim Lembah Pantai ketika hari kejadian dan melihat dengan jelas bagaimana penyokong PKR mula membuat kecoh dan mengejek seorang ustaz yang sedang memberi ceramah.

“Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana penyokong PKR seolah-olah tidak menghormati dan mempersendakan agama dalam majlis yang sedang berjalan ketika itu,” tambah beliau.

Pihaknya juga menasihati ahli Umno agar sentiasa bertenang dan tidak cepat melatah dengan insiden yang berlaku tempoh hari.

“Jangan timbulkan sebarang spekulasi. Biarkan mereka (PKR) menuduh kita, tetapi kita jangan menuduh mereka dalam isu ini. Jangan kita membuat spekulasi yang tidak berasas seperti yang mereka buat,” tambah beliau.

Malah menurut beliau, Anwar membuat kesilapan yang besar kerana telah merosakkan imejnya sendiri di hadapan penduduk Lembah Pantai apabila mengeluarkan perkataan kesat yang ditujukan kepada ahli Umno malam itu.

sumber: http://semuthitam80.blogspot.com/2012/05/nurul-bertambah-bengong-bila-baca.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

Friday 25 May 2012

Fakta yang perlu kita ketahui. ..

On Petronas

Rafizi: Where did the RM235 bn paid by Petronas over the period of 2004-2008 go? How much was spent on education? Awarded to Cronies?

Others: RM273 bn. Echoed what Rafizi had asked.

Our response:

●     First of all, the sum is RM235 bn and not RM273 bn.
●     Monies earned by Government are channelled to treasury fund for Government to manage, irrespective of whether they are from Petronas or other sources. However, for purposes of comparison, RM137.1bn was spent on education or about 58.2% of Petronas’s contribution.

●     We are very committed in educational investment, on average about 6% of GDP is spent on this sector or about 18% of the whole government budgeted expenditure.

●     The period of 2004-2008 is also the time that the Government spend an annual average of RM27.4 bn on education alone, that is the highest ever from 1957 to 2005. From 2006 and above, the Government spend more than RM30 bn a year for this.

●     But it is not just about education, during the same period RM74.9 bn was spent on subsidies, RM100 bn to pay back our loan, RM151.5 on public servant salaries and RM38.2 bn for pensioners.

●     Is Rafizi saying that all rakyat who travel using cheaper petrol and do the cooking with subsidised cooking oil as cronies? Is Rafizi calling the whole students who benefitted from Government’s spending on tuition fees subsidies as cronies? Is Rafizi calling all government servants and pensioners as cronies? Is Rafizi calling all of our international lenders as cronies?

Turki

Isu turkey. Erdogan. To be charged. Links provided.

http://www.hurriyetdailynews.com/turkish-students-detentions-in-protests-draw-criticism.aspx?pageID=438&n=students8217-detentions-in-protests-draw-criticism-2011-10-06

http://www.hurriyetdailynews.com/skyrocketing-tuition-hikes-take-a-stab-at-students-pockets.aspx?pageID=438&n=skyrocketing-tuition-hikes-take-a-stab-at-students8217-pockets-2011-07-06

http://www.hurriyetdailynews.com/turkish-student-protesters-face-police-interference.aspx?pageID=438&n=student-group-clashes-with-the-police-in-ankara-2011-01-19


Program Pengupayaan

[1] Program Transformasi Ekonomi (ETP)

●     Sasaran 10 tahun ETP sudah ditentukan dengan jelas : RM1.4 trilion pelaburan bagi menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM1.7 trilion dan mewujudkan 3.3 juta jawatan penting menjelang 2020, daripada jumlah itu, 60 peratus adalah peluang pekerjaan untuk peringkat pendapatan pertengahan dan tinggi.

●     Ini diterjemahkan sebagai PNK perkapita US$15,000 dan melonjakkan Malaysia sebagai negara berstatus berpendapatan tinggi.

●     Ia juga mensasarkan pengurangan jurang pelaburan-simpanan daripada 12 peratus point pad 2010 kepada 2 peratus point pada 2020.

baca lanjut di: http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2012/05/rafizi-lembu-tak-cakap-fakta-ini.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed&m=1

posted from Bloggeroid

Thursday 24 May 2012

Ah long bertindak bakar rumah

Sebelum ini pemberi pinjaman wang haram atau ah long hanya merosakkan atau menyimbah cat merah ke atas premis,kediaman dan kenderaan peminjam yang gagal melunaskan hutang.Namun,sejak akhir-akhir ini kumpulan ah long semakin melampau dan kejam apabila sanggup membakar rumah dan premis tanpa menghiraukan nyawa orang yang tidak bersalah.Dalam kes terbaru kelmarin,dua beranak nyaris maut selepas kumpulan ah long melontar bom molotov cocktail di hadapan pintu rumah mereka di Taman Sentosa,Klang.

Bagaimanapun,dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu,Ong Hwa Cheong,44 dan ibunya yang dikenali sebagai Low,69,terselamat selepas jiran mereka sempat memadam api yang membakar kasut di hadapan pintu.Hwa Cheong berkata,jirannya terdengar bunyi letupan sebelum melihat api marak sebelum bertindak memadamkannya.

"Ah long tersebut bertindak demikian selepas abang ipar saya,Ng Lai Chuan,36,meminjam wang daripada mereka tetapi meletakkan alamat rumah kami.Lai Chuan kini telah menghilangkan diri sejak Februari lalu bersama kakak saya,kami sendiri tidak tahu di mana mereka berada," katanya pada sidang akhbar Biro Pengaduan Awam MCA di Wisma MCA di sini hari ini.

Pada 19 Mei lalu,sekumpulan ah long cuba membakar seunit kondominium di Taman Maluri,Cheras di sini manakala sebuah kedai di Bukit Tinggi,Klang turut menerima nasib yang sama semalam.Bagaimanapun,kedua-dua kejadian berkenaan disedari oleh jiran yang bertindak memadamkan api.Sementera itu,Ketua Biro Pengaduan Awam MCA,Datuk Michael Chong berkata,perbuatan membakar premis atau kediaman itu dikesan cara terbaru digunakan kumpulan ah long untuk mengugut peminjam.Ujarnya,kumpulan tersebut kini semakin kejam apabila sanggup membakar rumah orang yang tidak bersalah kerana ingin mengutip hutang.

"Dalam kejadian sebelum ini,tiada nyawa yang melayang kerana kebakaran disedari awal tetapi jika api lambat dikesan, sudah tentu ada orang yang menjadi mangsa.Tindakan ini tidak boleh dipandang ringan oleh pihak berkuasa dan polis perlu bertindak tegas terhadap ah long," tegas beliau. - Utusan Malaysia


posted from Bloggeroid

Wednesday 23 May 2012

Hubungan antara Anwar dan Datuk Mohd Yusof

Kes Liwat Anwar yang membabitkan Saiful Bukhari telah berakhir dengan kejutan pada 9 Januari tahun ini, iaitu setelah lebih 60 kali atau lebih 3 tahun tertangguh jika dikira dari tarikh laporan polis dibuat.

Ketika kes masih berjalan, ramai yang tertanya-tanya apakah drama atau permainan yang sedang dimainkan oleh pihak pengamal undang-undang Malaysia? Mana tidaknya, jika kes jenayah seksual tersebut melibatkan rakyat biasa, pastinya ia sudah lama selesai, lebih-lebih lagi apabila terdapat bukti forensik dan saintifik yang nyata.

Ramai yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan keseluruhan perbicaraan apabila pihak pembela dilihat mendapat kelebihan untuk menangguhkan kes dengan berbagai-bagai alasan yang tidak masuk akal dan merapu. Lebih pelik lagi, pihak pendakwa juga tidak banyak menyanggah alasan-alasan yang tidak masuk akal dan merapu itu. Sebaliknya, pihak pendakwa membiarkan saja pihak pembela mempermainkan undang-undang dan seolah-oleh mengejek rakyat jelata yang dambakan keadilan.

Walaupun hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden begitu baik, konklusif, tepat serta layak diberi ëtepukan berdirií, tetapi sikap beliau yang keberatan atau enggan menyanggah strategi licik pembela untuk terus menunda kes membuatkan kita hairan.

Dan apabila peguam Anwar memilih untuk membela diri dengan hujah ësuka-sama-sukaí, mereka sebenarnya telah membuka ruang untuk pihak pendakwa mengikat terus keputusan berdasarkan undang-undang Malaysia yang mengharamkan aktiviti homoseksual tanpa mengira keadaan suka-sama-suka berlandaskan hak asasi dua orang dewasa yang waras.

Inilah yang dijangkakan oleh rakyat, kecualilah jika rakyat tidak dimaklumkan yang undang-undang ini telah dihapuskan?

Jika alasan penghakiman adalah DNA yang diperolehi dari lokap tidak wajar diterima, maka pihak pendakwa seharusnya berusaha memohon sampel melalui perintah mahkamah bagi mencari keadilan.

Namun, ini tidak berlaku. Rayuan juga tidak berlaku. Yang berlaku ialah Anwar lepas bebas. Pembebasannya membuatkan ramai yang kecewa termasuk orang-orang di dalam inner-circlenya yang bercita-cita untuk mengambil tempatnya. 

Dunia bagaikan terkedu sekejap, cuba menjustifikasi pembebasan beliau yang dianggap mustahil jika dilihat dari perkembangan perbicaraan.

Akhirnya, hari ini, sebahagian dari kemusykilan kita sudah terjawab iaitu apabila Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, bekas pendakwaraya dalam kes liwat tersebut kini dilantik sebagai peguam bela Anwar dalam kes BERSIH 3.0.

Benarlah, bila ianya melibatkan Anwar Ibrahim, tidak ada apa-apa lagi yang boleh mengejutkan kita. Begitulah juga dengan perkembangan terbaru ini.

Jika dulu, Karpal Singh adalah antara orang pertama yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah peliwat tegar, tetapi kemudian Karpal Singh juga yang menjadi peguambelanya menafikan yang beliau meliwat. Jika dulu Karpal Singh mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana terlibat dalam salahlaku homoseksual tetapi kemudiannya Karpal Singh juga yang berhujah bahawa aktiviti homoseksual di antara dua orang dewasa yang suka-sama-suka adalah tidak salah.

Justeru, apa beza Karpal dengan Datuk Mohd Yusof? Hampir tiada. Kedua-duanya dibayar untuk membela Anwar, dan kita pasti bayarannya amatlah lumayan sekali. Jika ada pun perbezaan, ialah kerana Karpal mendapat ëbonus tambahaní iaitu dari segi keuntungan politik.

Benar, dari segi perundangan Datuk Mohd Yusof tidak salah untuk membela Anwar. Yang nampak salahnya hanyalah dari segi etika kemanusiaan dan persepsi masyarakat yang melihat beliau sebagai tidak berpendirian.

Namun, melihat dari sikap Majlis Peguam yang langsung tidak punya etika, professionalisme dan integriti, maka seperti juga Anwar, tiada apa lagi yang mengejutkan kita mengenai watak-watak para pengamal undang-undang di Malaysia.

Bagi ramai pengamal undang-undang hari ini, undang-undang itu adalah mengatasi keadilan, moral, etika malah agama juga. Jika ada pun yang lebih ëtinggií dari undang-undang, ia adalah wang!

Apapun, yang pasti, seperti juga kes liwat, Anwar mungkin menang dalam kes BERSIH 3.0.

Namun, selagi Anwar tidak sanggup bersumpah laknat, selagi Anwar terus bersekongkol dengan zionis dan kafir harbi, selagi Anwar tidak sanggup menunjuk jam omeganya dan selagi Anwar terus cuba menghuru-harakan negara dan memburukkan nama negara dengan berbagai cara, selagi itulah nama Anwar tidak akan bersih.

Biarpun terlepas dari undang-undang, sejarah tetap akan merekodkan riwayat hidup Anwar sebagai seorang peliwat dan pengkhianat. - BB



sumber: http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/05/kerajaan-wajar-siasat-pakatan-antara.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

Tuesday 22 May 2012

Fakta PTPTN yang perlu kita ketahui

[YB Khairy bijak menjawab segala persoalan yang diketengahkan.

Rafizi sengaja cuba menimbulkan konflik antara BN dan PR apabila dengan sengaja tidak menjawab apa yang ditanya oleh moderator tetapi meleret-leret tanpa fakta.

Keluarlah Ibnu Khaldun dalam PR, baru pertama kali dengar dari mulut Rafizi.

Rafizi cuba mempertahankan Anwar yang telah meluluskan Tabung PTPTN

Rafizi cuba berbohong kononnya keadaan negera-negara di Scandinavia semuanya buat pendidikan percuma tanpa ada masalah, ini di faktanya;

Memang kita tahu di Jerman dan negara-negara Scandinavia ada memberikan percuma tetapi siapa sebenarnya yang memberikan atau membayar pendidikan itu. Percuma bukan bermakna langsung tiada kos, sebelum pergi itu balik kita bercakap pasal hujah Anwar Ibrahim kata Turki melaksanakan pendidikan percuma.

Kita buat kajian sebenarnya Turki tidak menyediakan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi, mereka gunakan juga kos tetapi kos dengan kadar yang lebih kurang sama dengan Malaysia. Meskipun begitu, kadar kehadiran pelajar Turki di peringkat tertiari kurang 15 peratus . Inilah beza Malaysia dengan semua negara lain, Malaysia saja yang memberikan pinjaman sara hidup. Turki tidak beri sara hidup, sebab itu kehadiran peratus mereka dalam lingkungan 15 peratus sahaja.

Soal adakah sebenarnya pendidikan percuma – kalau kita lihat isu pendidikan percuma dalam soal pemberian atau tidak adalah satu perkara yang menjadi perdebatan dalam dunia akademia, pandangan dan pendapat sebahagian besar negara tidak boleh diberikan secara percuma kerana pendidikan adalah satu pelaburan jika dibandingkan pendidikan di peringkat rendah dan menengah. Peringkat pendidikan rendah dan menengah membawa pulangan pelaburan kecil.

Sementara itu, pelaburan di peringkat pengajian tinggi adalah tinggi, dan pulangan itu bukan saja pulangan kepada kerajaan atau publik tetapi juga kepada individu.

Ini bermakna pulangannya bukan saja kepada negara, tapi individu itu bila berjaya mohon kerja dia boleh mendapat gaji besar kalau dia di peringkat rendah dan menengah, kalau dia minta kerja lepas itu memang dia tidak boleh dapat kerana tidak cukup tetapi pada peringkat pengajian tinggi dia ada manfaat peribadi.

Mengapa kerajaan dan orang awam perlu bayar untuk pengajian tinggi bila pelajar dapat secara peribadi pulangan daripada pelaburan itu? Maka atas sebab itu, pengajian tinggi tidak boleh 100% percuma dan perlu dibayar, hanya di Malaysia ini rakyat bayar tetapi kerajaan beri subsidi banyak, maknanya pada 10 peratus rakyat, kerajaan bayar pelaburan ini 90 peratus.

Rafizi mengikut cara Anwar bedal sahaja fakta bukan orang tahu pun.


Kita lihat , Jerman, Norway dan Finland, itu semua adalah negara maju, kita bukan negara maju, tapi banyak juga negara maju tak bagi percuma seperti AS, Singapura dan United Kingdom.

Kedua, di negara itu populasi usia rakyat yang umur 17 hingga 25 tidak ramai. Tidak banyak universiti di Jerman yang memberikan pendidikan percuma iaitu dianggarkan tidak lebih 10 yang berbuat demikian. Ini kerana disebabkan populasi usia jadi jumlah pelajar yang masuk universiti sedikit.

Ketiga, dia tiada subsidi lain. Di negara kita ada subsidi minyak, tepung, gula macam-macam subsidi, mereka tiada subsidi. Dan keempat, cukai negara itu tinggi, kita belajar percuma bila keluar kena bayar cukai tinggi. Ini kerana kita membiayai pelajar yang ada di universiti dan kerajaan boleh buat?

Okey, katakan kita buat keputusan belajar percuma dengan pindahkan pembiayaan itu kepada rakyat Malaysia dengan naikkan cukai untuk bayar yuran ini. Mahu tak rakyat Malaysia? Sebab bila kita kata pendidikan percuma, percumakah? Seseorang kena bayar, jadi siapa yang bayar? Bila Anwar kata percuma siapa akan bayar sebenarnya?

Sebelum ini, Anwar ada persoal duit ketirisan, kalau dia jadi kerajaan ada duit ketirisan tak? Tentu dia kata tiada, habis tu siapa nak bayar? 

Tapi dia pun tak cakap berapa jumlah duit ketirisan tersebut. Cukup tak nak bayar untuk RM43 bilion yang dah digunakan itu? Bagaimana pula dengan mereka yang telah buat bayaran, jadi kenalah memulangkan bayaran itu. Jadi di negara lain, cukainya tinggi sebab ia dipindahkan, jadi atas sebab itu banyak kesan akan timbul nanti.

Apa yang dia cadangkan itu memang popular apatah lagi kepada orang yang berhutang, memang suka, tapi banyak masalah lain akan timbul yang akhirnya rakyat akan menanggung beban. Banyak yang tidak akan dapat masuk ke universiti seperti yang berlaku di Chile dan Argentina, ia mungkin murah tetapi tidak inklusif dan keterangkuman. Ia mungkin percuma tetapi ramai yang tidak dapat masuk sebab tiada pinjaman dan tiada sebarang bantuan,

Pembangkang kata kerajaan kenakan banyak cukai, kita ada hasil balak, kita ada hasil petrol, kenapa kita tidak dapat beri pendidikan percuma?

Kena lihat pada perbelanjaan lain, kalau kita galakkan banyak pelajar menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi, pada masa sama juga kita perlu lihat kepada sektor-sektor lain, tidak akan ada pekerjaan kalau kita tidak bina infrastruktur lain seperti lapangan terbang, pelabuhan untuk tingkatkan sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Selain itu, kita tak dapat buat pelaburan masuk ke negara kita, kita tidak dapat mencipta pekerjaan. Macam mana pula nasib pelajar yang akan keluar universiti ini nanti, akan kerja sebagai apa? Sebab itu, kita kata tadi kita perlu belanjakan secara holistik, supaya pada masa sama sektor-sektor lain dapat membangun dengan itu dapat menampung keperluan modal insan yang telah kita lahirkan.

Samalah pendapatan seorang keluarga kalau semua duit digunakan untuk anak dia pergi sekolah, dia tak beli kereta, tak beli pakaian, tak beli makanan tak jaga kesihatan. Jadi itulah soalnya dekat situ, pokoknya kita seperti dengan negara lain sedang melihat dan beralih ingin menjayakan konsep perkongsian kos dalam membiayai pendidikan di peringkat tinggi. Antara yang mereka putuskan adalah melalui pengenalan sebagai mana kita telah buat melalui PTPTN.

Pelajar yang mendapat kelas pertama dikecualikan untuk bayar balik. Setakat hari ini kita telah kecualikan 3,082 pelajar, apabila kenalkan kembali program ubah pinjaman PTPTN ini dalam 2010.

Selain soal adanya pelaburan dan pulangan, ada juga hal lain di sebalik falsafah pengenalan yuran pelajar. Ia adalah untuk berikan nilai kepada pengajian tinggi itu sendiri. Bidang pengajian tinggi mesti mempunyai nilai jika ia percuma ia tidak akan dihargai.


Walauapa pun pakatan rakyat kata kerajaan BN telah memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyatnya, walaupun tidak diberikan %percuma tetapi hampir 60% percuma sudah dilaksanakan.


Cakap memang mudah bila kena batang hidung mereka, seperti KUIN dan Unisel telah berkira-kira untuk naikkan yuran mereka, mana pergi peraturan buku Jingga mereka. 


Jawapan PR terlalu mudah menyalahkan kerajaan BN, antara sedar atau tidak mereka telah memerintah 4 buah negeri selama 3 tahun lebih.


Maka, pembangkang ini mereka perlu buktikan dulu kepada IPTS yang mereka pegang di negeri masing-masing dahulu seperti di Universiti Industri Selangor (Unisel), Kuis, dan Kuin. Berani atau tidak buat keputusan pelajar yang belajar di sana tidak perlu memohon PTPTN. Mereka kata nak tutup janganlah guna.

Percumakan yuran universiti berkenaan pada masa sama jangan suruh pelajar pinjam duit – boleh jadi atau tidak. Sebab kalau dia ambil alih Putrajaya, mereka tak boleh uruskan IPT berkenaan memandang mereka adalah IPTS. Sesebuah IPT hanya akan jadi IPTA jika ia ditubuhkan di bawah AUKU. Unisel, Kuin, Kuis ditubuhkan di bawah Akta 555.

Tukar kerajaan macam mana pun, status IPT berkenaan tetap tidak berubah kerana ia tetap IPTS. Adakah kerajaan dapat tanggung semua IPTS di negara ini? Negara ini kalau hendak bersaing dalam persekitaran dunia tanpa sempadan, rakyatnya mesti berilmu. Ilmu di peringkat tinggi adalah pilihan. Bukan itu sahaja malah semua negara di dunia. United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) memang hendak tinggikan lagi yuran pengajian peringkat tinggi mereka, Singapura apatah lagi.


Yang pastinya Manifesto PR PRU12 langsung tidak dapat dilaksanakan sehingga kini


Sebelum Anwar membuat debat itu dengan Najib Anwar perlu bersih dari krisis moral


- http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/05/debat-khairy-dan-rafizi-penyokong-pr.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

Monday 21 May 2012

Rekod baru dicipta...

BANTU CIPTA REKOD: Taib tidak ketinggalan menyertai barisan 1,385 kaum Orang Ulu daripada pelbagai etnik, menarikan tarian panjang iaitu Datun Julut, untuk mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records, di Miri, semalam.

MIRI: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam mengingatkan rakyat supaya tidak berpecah belah sesama sendiri hanya kerana wujudnya perbezaan politik di kalangan mereka.

Beliau berkata jika rakyat membiarkan perkara itu berlaku, nescaya ia akan menyebabkan mereka berpecah belah sesama sendiri dalam satu bangsa dan masyarakat, seterusnya menyebabkan negara berada dalam keadaan terumbang-ambing.

“Jangan sesekali membiarkan perbezaan politik memecah-belahkan kita, kerana jika kita membiarkannya, maka negara akan terumbang-ambing.

“Sebaliknya rakyat perlu fokus dengan apa yang mereka benar-benar mahukan dan bukannya sesuatu yang tidak begitu jelas,” katanya semasa berucap merasmikan sambutan

Hari Bandar Raya Miri Ke-7 di Stadium Miri di sini, semalam.

Sehubungan itu Taib mahu para pemimpin termasuk di peringkat akar umbi mewujudkan interaksi sosial yang baik dengan rakyat atau penduduk setempat bagi mewujudkan pemahaman dan kerjasama yang baik.

Jika interaksi sosial antara pemimpin dan rakyat di peringkat akar umbi adalah baik, maka mudah bagi mereka menepis segala sentimen pembangkang yang ‘popular’.

Mengenai Miri, Taib berkata bandar minyak yang pertama di Malaysia ini telah dikenali dunia seawal tahun 1910. Katanya ia merupakan latar belakang yang cukup kukuh di samping kepimpinannya selama ini yang telah berjaya melonjakkannya menjadi sebuah bandar raya yang pesat pada hari ini.

Perubahannya menjadi sebuah bandar raya pada tujuh tahun lalu telah menyaksikan Miri berjaya berkembang dan membangun berkali ganda saiznya berbanding 30 tahun lalu.

“Jumlah populasi turut meningkat tiga kali ganda iaitu daripada 100,000, kini mencecah 300,000 dari Sibuti hingga ke Kuala Baram,” katanya.

Justeru katanya, penduduk Miri perlu sedar dengan peningkatan populasi ini yang akan membawa lebih banyak peluang dan ruang kepada pembangunan menerusi kemunculan pelbagai aktiviti ekonomi.

Bagaimanapun katanya, di sebalik perkembangan pembangunan tersebut ia telah mencetuskan semakin banyak masalah yang kompleks dan sukar.

“Justeru rakyat di Miri perlu sedar, bahawa ramai rakyat yang bertuah mempunyai peluang untuk menjadikan hidup mereka lebih bermakna hasil daripada kemajuan dan pelan pembangunan kerajaan untuk Miri dan peluang Miri berubah menjadi sebuah bandar raya peranginan.

Untuk menjadi sebuah bandar raya yang indah, selesa, selamat dan menarik Miri katanya, perlu tampil dengan satu identiti yang mampu menarik orang ramai datang untuk mengaguminya dan menikmati apa yang kerajaan bangunkan untuk Miri.

“Amat penting bagi penduduk Miri mengetahui bahawa mereka kini meraikan sambutan ulang tahun ketujuh Miri mencapai status bandar raya dan perlu meningkatkan lagi interaksi sosial dan meraikannya dalam cara yang betul bagi menggalakkan orang ramai datang dan seterusnya membina satu identiti tersendiri,” tambahnya.
Katanya kekuatan Miri ialah merealisasikan usaha untuk menjadikan rakyat yang pelbagai bangsa di Miri merasakan bahawa mereka adalah ‘orang Miri’ atau penduduk Miri.

Tanpa perasaan itu, katanya bandar raya ini tidak akan hidup dengan masyarakatnya yang tidak dapat bercampur gaul sesama sendiri.

“Oleh kerana itu saya ingin mengucap tahniah kepada pihak majlis (Majlis Bandaraya Miri) kerana berjaya menganjurkan acara seumpama ini yang mencerminkan tanggungjawab mereka dan perlunya bersatu serta membawa rakyat bersama-sama melalui rangkaian interaksi sosial yang baik.

“Kerana itulah MBM berjaya menganjurkan sebanyak 60 acara terdiri daripada pelbagai aktiviti sepanjang sambutan Hari Bandar Raya Miri Ke-7, kali ini,” katanya.

Sehingga kini, katanya kerajaan negeri amat bertuah kerana telah berjaya membangun dan ‘membina’ Miri seperti hari ini, jauh lebih baik daripada dahulu, dengan memiliki interaksi sosial yang baik iaitu saling memahami dan bekerjasama di antara pemimpin dan rakyat.

Turut hadir Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin yang juga Ahli Parlimen Miri, Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin dan Datuk Bandar Miri Lawrence Lai.


- http://www.mysarawak.org/2012/05/21/kekalkan-persefahaman-taib.html

posted from Bloggeroid

Tuesday 8 May 2012

BN bimbang?

Pelbagai andaian Dibuat puak Fakatan ini?tidak sabar nak kalah lah tu?

- http://detikperubahan.com/2012/05/08/pakatan-kami-tak-takut-bn-makin-bimbang/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

posted from Bloggeroid