LAGU UNTUK BLOGGER

Sunday 27 May 2012

Nurul Izzah semakin bingung

Semut cukup setuju dengan apa yang dijelaskan oleh Ketua Penerangan UMNO Lembah Pantai ni. Puak Pembangkang boleh buat apa sahaja kenyataan.

Tetapi hakikatnya, yang melihat dan menyaksikan kejadian pada hari tersebut ialah rakyat dikawasan Nurul Izzah sendiri. Jadi, biarlah mereka sendiri yang menilainya.

Tambah pulak, kita semua pun tahu. Bilangan penyokong PKR disatu - satu lokasi ceramah tu tak de la ramai mana. Yang ramai pun semuanya orang luar.

Jadi, kita tengok la sejauh mana Si Nurul Izzah tu mampu untuk menarik minat rakyat agar terus percaya dengan dakyah pembohongan yang dicanang oleh dia dan Papa Hebatnya. Lagi pun, itu je kerja yang dia tau buat!!! Bukannya dia tau buat kerja lain!!!
SHAH ALAM -  Pendirian Umno tidak sedikit pun terjejas dengan kenyataan Nurul Izzah Anwar yang menafikan dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memulakan provokasi ketika ceramah PKR di pekarangan Pangsapuri Pantai Permai, Lembah Pantai, Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Semalam, kepimpinan Umno Lembah Pantai mendakwa PKR membuat tuduhan tidak berasas kononnya ceramah anjurannya di Lembah Pantai diserang oleh ahli parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini, Ketua Penerangan Umno Lembah Pantai, Datuk Ibrahim Thambychik berkata, PKR boleh terus-menerus membuat penafian, tetapi yakin penduduk Lembah Pantai sendiri tidak dapat menafikan apa sebenarnya berlaku tempoh hari.

“Kita tidak kisah jika PKR ingin nafikan kerana bagi Umno, kita akan memberi sepenuh kebebasan kepada penduduk Lembah Pantai bagi menilai sendiri insiden itu.

“Mereka sendiri ada di situ, jadi seharusnya mereka tahu pihak mana yang bersalah,” kata beliau.

Beliau sendiri hadir dalam majlis anjuran Majlis Permuafakatan Muslim Lembah Pantai ketika hari kejadian dan melihat dengan jelas bagaimana penyokong PKR mula membuat kecoh dan mengejek seorang ustaz yang sedang memberi ceramah.

“Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana penyokong PKR seolah-olah tidak menghormati dan mempersendakan agama dalam majlis yang sedang berjalan ketika itu,” tambah beliau.

Pihaknya juga menasihati ahli Umno agar sentiasa bertenang dan tidak cepat melatah dengan insiden yang berlaku tempoh hari.

“Jangan timbulkan sebarang spekulasi. Biarkan mereka (PKR) menuduh kita, tetapi kita jangan menuduh mereka dalam isu ini. Jangan kita membuat spekulasi yang tidak berasas seperti yang mereka buat,” tambah beliau.

Malah menurut beliau, Anwar membuat kesilapan yang besar kerana telah merosakkan imejnya sendiri di hadapan penduduk Lembah Pantai apabila mengeluarkan perkataan kesat yang ditujukan kepada ahli Umno malam itu.

sumber: http://semuthitam80.blogspot.com/2012/05/nurul-bertambah-bengong-bila-baca.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment