LAGU UNTUK BLOGGER

Friday 30 September 2011

Pengakuan RBF Berhubung Video Seks Terbaru Anwar Ibrahim.. Saya Telah Menonton Video Itu...


Pendedahan blogger RBF:

......Yang sebenarnya saya tidak berniat untuk menulis apa yang saya lihat atas beberapa faktor yang tidak perlu saya jelaskan di sini. Jika saya nak tulis sudah lama saya tulis kerana telah empat bulan saya menontonnya.

Tetapi oleh kerana sehari dua kebelakangan ini saya menyampah melihat gelagat Nurul Izzah yang meroyan apabila SKMM mengarahkan klip video undilah ditarik balik. Alang-alang dia nak bercakap pasal video , maka saya rasa lebih baik saya bercerita tentang apa yang saya lihat dalam klip video yang memaparkan seorang lelaki yang saya yakin itu papanya.

Nurul Izzah meroyan sebab dalam klip video undilah ada memaparkan gambarnya. Dasar gila glamor punya manusia. Punca sebenar klip video berkenaan ditarik balik untuk siaran tv kerana belum lagi mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem. Tetapi anak Anwar meroyan bagai nak rak dan berkata SKMM diperkuda demi permainan politik seorang menteri yang sudah jelas ketinggalan zaman, yang semakin hilang ditelan arus pemodenan corak politik tanah air.

Sekarang mari saya cerita pula kisah seorang ahli politik yang menghadapi masalah moral yang teruk sejak zaman-berzaman dan memperkudakan rakyat hanya semata-mata gila hendak jadi PM.

Saya telah menonton video berkenaan di Hadyai pada minggu terakhir bulan Mei 2011 ketika saya ke sana menemani isteri untuk membeli barang-barang perniagaannya. Ianya ditunjukkan oleh seorang rakan warga Thai.

Saya difahamkan video berkenaan di rakam di sebuah hotel yang bukan bertaraf lima bintang di Bangkok.

Ianya bermula dengan lelaki yang berpakaian kemas yang wajahnya sebiji seperti Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik berkenaan dari pintu bilik bersebelahan (connecting room). Terdapat dua perempuan di dalam bilik berkenaan. Saya difahamkan seorang perempuan tukang urut dan seorang lagi pelacur.



Kemudian lelaki yang saya percayai Anwar Ibrahim itu membuka pakaiannya dan memakai 'robe hotel'. Kemudian lelaki tersebut berjalan-jalan sambil memegang telefon tangan. Manakala perempuan pelacur diminta ke bilik sebelah kerana lelaki berkenaan hendak mengurut terlebih dahulu.

Selepas itu lelaki tersebut membuka jubah berkenaan dan tidur meniarap dalam keadaan berbogel, lalu diurut oleh tukang urut wanita berkenaan. Sambil diurut tangan lelaki itu sibuk melayan telefonnya. Mungkin dia sedang menghantar sms atau membalas sms-sms yang dihantar kepadanya atau sedang melayan FB dan mungkin juga sedang tweet.

Boleh jadi juga dia ingin membuktikan kepada isteri atau anak-anaknya dia tidak melakukan sebarang aktiviti tidak bermoral semasa di Bangkok kerana setiap minit atau selang beberapa minit dia sentiasa berada di talian.

Hanya setakat itu yang saya lihat, masa tidak mengizinkan kerana isteri saya sedang menunggu dalam kenderaan dan kami harus pulang segera ke Malaysia. Video tersebut panjang. Ianya memakan masa lebih daripada satu jam. Saya difahamkan selepas aktiviti urut mengurut selesai barulah lelaki berkenaan melakukan hubungan seks dengan pelacur yang sedang menunggu di bilik sebelah.

Saya ada meminta dari rakan berkenaan untuk menyalin video tersebut, tetapi beliau tidak dapat memberinya pada waktu itu dan berjanji akan menghantar kepada saya kemudian. Tetapi sehingga ke hari ini saya tidak menerimanya.

Maknanya video berkenaan tidak ada dalam simpanan saya sepertimana yang diberitahu oleh Papa Gomo. Dari mana beliau ada maklumat yang saya ada video berkenaan saya pun tidak mengetahuinya.

Mungkin beliau cuba serkap jarang atau hendak alihkan perhatian daripada beliau kepada saya. Ini kerana saya difahamkan Papa Gomo yang ada menyimpan video berkenaan , bukannya saya.
sumber:brojinggo.blogspot.com

Thursday 29 September 2011

PANAS!!!!Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Bakal Dibunuh...?



Masih dalam mood raya lagi...

"Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh menyembah bumi juga"... mungkin inilah pepatah yang sesuai digunakan dalam kes betina murtad yang menggunakan identiti sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, kebiadapan betina ini dalam menghina kesucian agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W adalah perkara yang tidak boleh dimaafkan sama sekali.




Bukan sahaja dia bertindak mengisytiharkan dirinya keluar Islam yakni murtad, tetapi dia juga menghina, mencaci, mencela malah segala amalan yang dilakukan oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W juga dihina dan dihenjut-henjut oleh betina ini.

Disebabkan kebiadapan betina ini, individu-indvidu yang mahir dalam selok-belok IT cuba menjejaki identiti sebenar dirinya, ianya bermula dengan pendedahan yang dilakukan oleh anak muda yang menggelarkan diri mereka 'GaySec' pada 8 Ogos yang lalu yang membawa kepada satu laporan polis oleh wanita yang bernama Arlene Tan yang menafikan bahawa dirinya adalah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.



Namun Allah S.W.T sentiasa membuka ruang terbaik kepada setiap hambaNya, walaupun pendedahan awal tersilap sasaran akhirnya sehari sebelum umat Islam menyambut Syawal satu lagi kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Kids CSI Team' telah berjaya menjejaki profil sebenar betina yang bernama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara dan gambar-gambar betina ini didedahkan dalam internet pada 29 Ogos 2011.


Adlin..Adlin kembalilah ke pangkal jalan...

Golongan yang meninggalkan agama Islam (murtad) dikatakan terbahagi kepada dua jenis, iaitu mereka yang hanya meninggalkan agama Islam dan menganut agama lain secara sembunyi-sembunyi dan mereka yang meninggalkan agama asal (Islam) namun dalam masa yang sama mereka menghina dan mencela segala amalan agama asal mereka.



Apakah nasib yang bakal ditempuhi oleh betina ini setelah segala maklumat peribadi didedahkan kepada orang ramai?

Jadi saya akan membawa saudara pembaca menyusuri kronologi murtad yang berlaku di seluruh dunia, apakah nasib yang menimpa mereka-mereka yang telah murtad di negara-negara lain?

Kita bermula dengan kes yang cukup diingati oleh umat Islam di Malaysia iaitu kes Lina Joy, yang memohon JPN membuang perkataan Islam dalam kad pengenalannya yang mana mahkamah syariah menolak permohonan tersebut, selepas itu Lina Joy membawa kes tersebut ke mahkamah tinggi.

Semasa hari mahkamah membacakan keputusan untuk kes tersebut, lebih 300 orang umat Islam bertahlil dan melaungkan "Allahukakhbar" malah Lina Joy tidak berani hadir ke mahkamah ekoran ancaman bunuh yang diterimanya.

Mereka ini bertakbir pertahankan kesucian Islam, bukan dok baca Yasin bela peliwat tau...

Lina Joy yang terpaksa memencilkan diri dan peguambela Lina Joy yang beragama Islam dan membela kesnya di mahkamah sehingga hari ini masih berhadapan dengan ancaman bunuh.

Itu adalah ancaman yang dihadapai oleh Lina Joy yang mana beliau tidak menghina dan mencerca agama asalnya, boleh bayangkan apa yang bakal berlaku kepada Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara?


Salah satu 'terjemahan' oleh betina ini...

Di Mesir Bahaa el-Din Ahmed Hussein el-Akkad dipenjarakan selama beberapa tahun kerana menukar agama, malah dipindahkan ke penjara gurun pasir Wadi el-Natroun.

Selepas itu aktivis HAM Dr. Farag Foda telah dibunuh kerana menghasilkan artikel kelemahan ideologi Islam.

Di Iraq pula Ziwar Muhammad Isma’il (seorang pemandu teksi)  muslim yang murtad ke agama lain ditembak dan dibunuh di kawasan Qurdi oleh Abdul-Karim Abdul-Salam di perhentian teksi. Pada awalnya Abdul Karim mendekati Ziwar dan memintanya supaya kembali kepada Islam namun ditolak oleh Ziwar.

Lalu tembakan dilepaskan dari senjata automatik dari jarak dekat.
 
Di India mereka yang murtad juga dibunuh oleh rakyat biasa, Bashir Ahmad Tantray dibunuh dan mayatnya terpaksa disemadikan di lokasi rahsia kerana bimbang diceroboh dan dirosakkan oleh kumpulan yang membunuhnya.


Bukan sahaja di negara majoritinya penduduk Islam, di New Jersey imigran (gambar bawah) dari Mesir dibunuh di kediamannya bersama isteri dan dua anaknya semasa mereka berborak dan menghina kesucian agama Islam. Anak perempuannya yang berumur 15 tahun yang mempunyai tattoo salib dicarik-carik mayatnya dan wajahnya dirosakkan.



Anaknya Sylvia selalu menghina Islam melalui laman chat room, lebih kurang sama dengan apa yang dilakukan oleh Hajjah Siit Al-Wuzara.

Kita kembali pula kepada isu  murtad di Malaysia selain kes Lina Joy, masih ingat dengan Dr. Joe Fernandez? Ramai pihak mengaitkan pembunuhan beliau berhubung kait dengan kes murtad di mana ada yang mengatakan Dr. Joe Fernandez merupakan individu penting dalam memurtadkan umat Islam di Kedah khususnya.

Selepas tragedi pembunuhan tersebut, satu kumpulan mengaku bertanggungjawab melakukan pembunuhan tersebut iaitu kumpulan Front Jihad Internationalpengakuan ini disebarkan melalui emel.

Kalau jumpa wajah ini jangan lupa bagi 'habuan'...

Ini bermakna umat Islam di Malaysia begitu marah dengan golongan murtad, lebih-lebih lagi mereka bukan sahaja murtad tetapi menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W sebagaimana dilakukan oleh Hajjah Sitt Al-Wuzara. Walaupun kebanyakkan rakyat Malaysia hari ini mungkin tidak menerima cara 'militan' sebagaimana dilakukan oleh Front Jihad International.

Tetapi demi pertahankan kesucian agama, saya rasa tidak mustahil mungkin ada yang akan bertindak mengikut cara mereka sendiri.

Akhir sekali, saya ingin membuat satu andaian iaitu jika pihak berkuasa yang berkenaan gagal mengheret Hajjah Sitt Al-Wuzara ke muka pengadilan, sama ada betina ini dihadapkan di mahkamah Syariah atau Persekutuan. Saya beranggapan bahawa mungkin akan ada pihak tertentu bertindak berlandaskan undang-undang mereka sendiri.

Lagipun betina ini sendiri yang meminta kepada sesiapa sahaja umat Nabi Muhammad S.A.W (kita la tu) agar menangkapnya, jadi terserah kepada tuan/puan yang bijaksana...


Bukan menghasut orang ramai,  cuma mengingatkan pihak tertentu supaya lekas bertindak tidak kiralah SKMM ke, Polis ke, Jabatan Agama ke, tak kiralah apa agensi kerajaan sekalipun yang penting betina ini WAJIB dibawa ke muka pengadilan...

sumber:yuseriyusoff.blogspot.com

Tuesday 27 September 2011

SEMBANG-SEMBANG...


Kepekaan pemimpin seharusnya lebih POWER tidak kira dari pihak atasan sehinggalah keperingkat cawangan atau ranting...Jangan hanya mengejar wang ringgit dan nama semata -mata...dan jangan hanya suka budaya mencantas...Budaya mencantas seharusnya jangan diamalkan dalam budaya politik Sarawak...

Sekiranya ada bakat dan kepimpinan terserlah di peringkat akar umbi tolong lah mereka ini  dan ajarlah mereka ini...Bukan selamanya kita akan menjadi hero atau org muda kata orang Sarawak...Pernah tajinet mendengar "pemimpin" mengatakan 'sik dapat nya yea molah kerja kontrak dapat kali tapi nak chair meeting sik dapat'.Tindakan sebegini bukan hanya merugikan tapi merosakan bangsa kita Sarawak.


Ibarat mengajar anak ketam berjalan tapi sendiri lebih kurang juga...Tapi apa yang menghairankan pemimpin yang semacam ini lebih kearah Matang Wang...Mungkin ini apa yang diperjuangkan oleh segelintir pemimpin lama kita... 

Sunday 25 September 2011

RAKYAT SARAWAK TOLAK PKR..

Kesian...
 Layu....Bendera PKR hanya digunakan untuk menampung lubang semasa hujan....Jelas membuktikan rakyat Sarawak menolak kehadiran PKR...

Friday 23 September 2011

Dirgahayu.. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak

Sempena sambutan Hari Jadi TYT yang ke -90 saya ingin mengucapkan Selamat panjang umur dan murah rezeki.  Tajinet78  ingin memetik kembali serba-sedikit mengenai TYT untuk peringatan semua.



Latar belakang
 
Beliau merupakan anak lelaki tunggal kepada Abang Barieng bin Abang Anyut.  seorang tokoh yang tidak asing lagi dan juga merupakan seorang ketua komuniti Melanau di bahagian ke-tiga pada masa itu, kini dikenali sebagai Bintulu.  
 
Setelah zaman pendudukan Jepun, beliau telah menjawat jawatan sebagai  seorang Inspektor Daerah sehingga tahun 1947 di bawah penjajahan orang Inggeris.  Beliau kemudian bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara dan di Jabatan Kerja Raya.  
 
 

Kegiatan Politik

Beliau begitu aktif dalam politik Sarawak.  Beliau turut serta dalam membentuk Barisan Pemuda Sarawak (BPS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA).  
 
Beliau merupakan wakil kaum Melanau dalam Suruhanjaya Cobbold dalam pembentukan Malaysia. 

Pada tahun 1963, beliau telah beretanding dalam pilihanraya negeri dan memenangi kerusi ADUN.  Beliau bersara daripada bidang politik pada tahun 1968 dan menyertai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak sehinnggalah bersara sebagai Ketua Pengarah.  

Gabenor Sarawak
 
Pada tahun 1977, beliau dilantik sebagai TYT Gabenor Negeri Sarawak yang ke-tiga.  Beliau menggantikan Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Othman.  Beliau kemudiannya digantikan oleh Tun Abdul Rahman Yaakub pada 1981.  
Pada tahun 2001, beliau diminta untuk menyandang jawatan Gabenor Sarawak disebabkan oleh Tun AhmadZaidi Adruce kembali ke rahmatullah.  Memandangkan beliau begitu cekap sebagai Gabenor Sarawak, maka perkhidmatan beliau diteruskan hingga ke hari ini. 

Thursday 22 September 2011

Kerana Bodoh Mereka Dikurung



BY double Y
Kecoh isu di mana tiga orang murid darjah enam di SK Bandar Bintangor di Sarikei tidak dibenarkan menduduki UPSR kerana mereka terlalu lemah atau bahasa yang mereka hendak gunakan sebenarnya adalah murid ini (bodoh).


Jika dibenarkan murid-murid ini menduduki peperiksaan tersebut dikhuatiri prestasi keseluruhan sekolah tersebut terjejas. Bukan sahaja dihalang daripada menduduki peperiksaan murid-murid ini turut dikunci dalam sebuah bilik oleh guru sekolah terbabit.

Memang di Sarawak kadar buta huruf di kalangan murid setahu saya berada pada tahap yang agak teruk sehinggakan ada murid dari darjah 1 mereka belajar sehingga naik ke darjah 6 masih gagal menghafal abjad ABCD dengan sempurna. Saya beranggapan tiga murid-murid yang dikurung ini mungkin terdiri daripada kategori buta huruf. 


Walaupun begitu janganlah diperlakukan murid-murid dengan cara sebegini walaupun mereka tidak cemerlang dalam pelajaran, lagipun tiada satu manusia diciptakan oleh Allah S.W.T untuk jadi BODOH.

Mungkin faktor pemakanan menyebabkan tumbesaran otak mereka tidak sama dengan kanak-kanak yang lain. Tapi jika diusia begini mereka terus disisihkan dan tidak diberi galakkan oleh pihak sekolah kesudahannya mereka akan terus jadi manusia yang lemah (bodoh) dan terus menjadi insan yang gagal pada masa hadapan.



Adakah guru-guru di SK Bandar Bintangor ingin melihat anak muridnya menjadi insan yang gagal di masa hadapan? Bukankah ketika di Maktab Perguruan ada ingatan kepada guru-guru bahawa tindakan menyorok atau menghalang pelajar daripada menduduki peperiksaan adalah satu kesalahan yang besar?

Saya mendapatkan respon guru-guru berhubung isu ini, rata-rata guru di Semenanjung tidak bersetuju dengan tindakan menyorok dan menghalang murid yang dianggap lemah (bodoh) ini semata-mata untuk menjaga prestasi sekolah. 

Walaupun murid terbabit lemah(bodoh), baik, buruk, nakal atau pandai sekalipun mereka tetap anak murid dan menjadi tugas mereka untuk memastikan yang lemah menjadi pandai, yang nakal menjadi baik. 
Itu tugas yang diamanahkan kepada mereka. 


Guru & Murid Tertekan?


Tapi dalam masa yang sama guru-guru yang memberi respon kepada saya berkata, dari perspektif mereka sebagai guru sistem pendidikan di Malaysia ini terlalu bergantung kepada peperiksaan sehingga membuatkan golongan murid tertekan begitu juga guru.

Peperiksaan UPSR melibatkan 5 subjek, namun subjek yang diajar di sekolah rendah lebih daripada 10 subjek. Kanak-kanak bawah 12 tahun telah dipaksa mempelajari bermacam-macam ilmu dan menjadikan sekolah satu tempat yang tidak menyeronokkan bagi mereka.

Peperiksaan UPSR pula dijadikan kayu pengukur kejayaan sesebuah sekolah rendah yang mana sekolah yang mendapat prestasi cemerlang dalam tempoh beberapa tahun secara berturut-turut akan diberikan ganjaran yang lumayan.

Guru Besar dan guru-guru akan mendapat ganjaran ini tapi difahamkan Guru Besar mendapat ganjaran yang jauh lebih tinggi walhal guru-guru diperingkat bawah yang bertungkus-lumus mengadakan tuisyen, kelas tambahan dan macam-macam aktiviti kerana ditekan oleh Guru Besar.

Jika sekolah itu kecil dan melibatkan jumlah pelajar yang tidak ramai macam di Sarawak tekanannya lagi tinggi kerana peratusan setiap seorang murid lebih tinggi berbanding dengan sekolah yang jumlah pelajarnya ramai, jika keputusan merundum maka berkampunglah nazir di sekolah tersebut.


Selepas itu diiringi pula dengan tekanan pegawai PPD, Jabatan Pelajaran Negeri dan akhir sekali Guru Besar. Guru-guru hari ini mengajar dalam keadaan tertekan, sekolah tidak lagi menjadi tempat yang menyeronokkan untuk murid-murid.
Ekoran respon sebegini, wajarkah tawaran ganjaran lumayan kepada sekolah cemerlang dalam UPSR diteruskan oleh pihak atasan? Kerana mengejar ganjaran inilah wujudnya tekanan melampau dari pihak atasan kepada orang bawahnya.

Guru-guru sekolah juga turut mengatakan Kementerian Pelajaran lebih efisyen berada di bawah kendalian menteri sebelum ini jika hendak dibandingkan dengan yang sekarang.

Monday 19 September 2011

PKR KELUAR PARTI

                                                    Pemimpin-pimimpin PKR selepas sidang akhbar

Sekumpulan Pemimpin-pemimpin PKR Negeri Sarawak yang diketuai oleh En Jimmy Donald@Jimmy Lim dan beberapa bekas calon PKR ketika PRN10 yang lepas telah mengadakan sidang akhbar dengan menyatakan hasrat untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Yang menjadi tanda tanya kenapa mereka mengambil keputusan untuk keluar dari PKR? Adakah kerana sudah hilang kepercayaan dengan perjuangan PKR ataupun sudah hilang kepercayaan terhadap pimimpin-pemimpin PKR yang lain termasuk Penasihat PKR Anwar Ibrahim???. Selain dari Jimmy Donald mereka yang lain ialah En Munan Laja, En Jonas Riong, Mathew American dan Dr John Brian.

APAKAH AGENDA SEBENAR JIMMY DONALD@JIMMY LIM dan rakan-rakannya untuk keluar dari PKR?? Ini kerana menurut Jimmy Donald walaupun telah keluar dari PKR beliau tetap menyokong PKR. Pada pendapat saya Pemimipin seperti ini hanya mementingkan diri sendiri ataupun ada agenda terselindung seperti terlibat secara tidak langsung dalam penubuhan parti baru yang PRO BN di Sarawak. Pemimipin seperti mereka ini juga mungkin telah dipergunakan oleh orang lain untuk tujuan kepentingan politik orang-orang tertentu

Saya akan terangkan serba sedikit latarbelakang pemimpin-pemimpin yang bertindak keluar dari PKR tersebut. Dengan penerangan ini mungkin akan memberi sedikit Jawapan kenapa mereka Keluar PKR dan dari situ juga kita boleh menilai apakah tujuan politik pemimpin seperti mereka ini….


EN JIMMY DONALD@JIMMY LIM ( Ketua PKR Sri Aman )

                  Jimmy Donald@Jimmy Lim ketika menyerahkan permohonan menyertai PKR




Beliau merupakan bekas ahli Parlimen Sri Aman selama dua penggal dan memenangi Kerusi Parlimen Sri Aman menggunakan ticket BN-PBDS selepas itu ticket BN-PRS. Bagaimanapun beliau telah digugurkan menjadi calon BN semasa PRU 2008 kerana telah bersekongkol dengan Dato Sng dan Larry Sng semasa perebutan Jawatan Presiden PRS. Semasa krisis dalam Parti PRS tersebut Jimmy Donald telah memihak kepada kumpulan Larry Sng untuk menentang kumpulan yang diketuai Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Kerana tahu yang beliau tidak akan dicalonkan untuk menjadi calon BN Semasa PRU12 tahun 2008 yang lepas En Jimmy Donald@Jimmy Lim telah menjadi ahli PKR dan menjadi calon PKR untuk menentang calon BN-PRS En Masir Kujat. Keputusan dimenangi oleh calon BN-PRS.

Pada PRN10 yang lepas sekali lagi Jimmy Donald bertanding menggunakan ticket PKR menentang calon BN-PRS En Mong Dagang di DUN N26 Bukit Bangunan. Pertandingan dimenangi oleh calon BN-PRS En Mong Dagang dengan memperolehi majority 2,773 undi.


EN MUNAN LAJA ( Ketua PKR Kapit )

                                                 Munan Laja ketika penamaan calon di N55 Ketibas


                                                           Munan Laja ketika bersama Larry Sng

Beliau merupakan bekas ahli Parti PRS dan pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi Parti PRS. Belau telah dipecat dari Parti PRS bersama-sama dengan Ketua Kumpulan Mereka Larry Sng semasa krisis Parti PRS lepas. Beliau merupakan Orang kanan Dato sng dan Larry Sng semasa dalam PBDS dan PRS dahulu. Menyertai PKR selepas dipecat dari parti PRS. Pada PRN 10 lepas Munan Laja telah bertanding menggunakan ticket PKR menentang calon BN-PBB Datuk Ambrose Belikau di DUN N55 Ketibas. Keputusan dimenangi oleh Calon BN-PBB Datuk Ambrose Belikau dengan majority 2,256 undi.

MATHEW AMERICAN pula merupakan bekas ahli PRS yang dipecat bersama-sama dengan Larry Sng, selepas itu masuk Parti Keadilan Rakyat.

JONAS RIONG pula merupakan Ketua PKR Serian yang bersama sama dengan Jimmy Donald untuk menyatakan hasrat keluar dari Parti PKR.

Merujuk kepada akhbar Utusan Borneo selepas sidang akhbar yang diketuai oleh En Jimmy Donald@Jimmy Lim, Seorang lagi ahli PKR dan merupakan bekas Calon PKR pada PRN 10 lepas iaitu En Dr John Brian juga menyatakan niat keluar dari Parti Keadilan Rakyat. Dr John Brian merupakan calon PKR menentang Calon BN-SPDP di DUN N42 Meluan En Wong ak Judat. Keputusan dimenangi oleh calon BN-SPDP En Wong ak Judat dengan majority 1,642 undi.

SECARA KESIMPULANNYA... PEMIMPIN-PEMIMPIN SEPERTI MEREKA INI KELUAR DARI PKR MUNGKIN KERANA ADA KAITAN DENGAN PARTI BARU YANG AKAN DITUBUHKAN NANTI. SEPERTI YANG SELALU DIKELUARKAN DI AKHBAR AKHBAR. PARTI BARU TERSEBUT MERUPAKAN PARTI YANG CUBA DIASAS OLEH DATO SNG DAN LARRY SNG......!!!!!.

Tuesday 13 September 2011

WANITA SPIN????


HEBAT WANITA CAWANGAN PBB SEMPAT LAGI MELANCONG GUNA DANA YB....INFO YANG TAJINET TERIMA MENGATAKAN BAHAWA ADA CWNG WANITA INI PERGI KE SEMENANJUNG GUNA DANA INI...SEPATUTNYA WANG INI DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT PGRM KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT DAN BUKAN NYA ENJOY.....
DAH LAH TU ADA SEGELINTIR AHLI MEREKA TIDAK DIBAWA...PILIH BULU...KATAKAN.....OHHH APA DAH JADI INI....KITA BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT BUKAN GUNA DANA UNTUK SEGELINTIR PIHAK SAHAJA....

Wednesday 7 September 2011

Siapa Rampas Projek PRS????

TITAN OF SARAWAK
TERGEMPAR!!! !! hari ini tajinet menerima berita yang haji bustari RAMPAS projek dari Pihak PRS....
Projek ini dikatakan berjumlah RM 60 M....untuk pembinaan jalanraya....Perjanjian tersebut dibuat depan James Masing...namun dapat dikidnap oleh HB yang dikatakan meneriam bantuan daripada shafie afdal....


Dikatakan pada masa perjanjian itu dibuat PM telah berjanji akan memberi projek tersebut kepada kaum dayak...????Jadi mengapa boleh berubah???
Mungkin benar apa yang dikatakan bahawa HB BEST FRIEND kepada PM ....seperti apa yang sering disebut2....

Apa yang tajinet ingin kata ialah sikap potong line ini tidak harus di amalkan....Betul tak....kalau dah rezeki kita TUHAN akan bagi bah.....Renungkan2 lah....

Monday 5 September 2011

KELAPA SAWIT?SIAPA KUASAI SIRI 1


GEJALA LADANG KELAPA SAWIT TUMBUH BAK CENDAWAN DI SARAWAK INI....PEREBUTAN TANAH NCR DAN STATE LAND TIDAK DAPAT DIBENDUNGKAN LAGI.....NAMA -NAMA  SYARIKAT BESAR SEPERTI  SDA, SELCRA ,RH DAN SANYAN KERAP KALI MENJADI EJEN PELOPOR DALAM MEMASUKI TANAH -TANAH MILIK ORANG SARAWAK INI...

NAMUN DEMIKIAN DALAM MENGEJAR ERTI PEMBANGUNAN INI TIMBUL SIFAT
TAMAK....?!!!
SAMPAIKAN HAK -HAK KAUM /MASYARAKAT DI PINGGIRKAN....DIMANAKAN HAK KAUM BUMI INI?JANGAN SAMPAIKAN HAK KITA TERGADAI DEK ARUS PEMODENAN....
HIDUPAN FLORA DAN FAUNA YANG HIDUP DI BUMI SARAWAK INI HARUS DIBERI PERHATIAN JUGA....JANGAN MENJADIKAN CUCU -CICIT KITA MASA AKAN DATANG TIDAK MENGETAHUI HIDUPAN LIAR SARAWAK DENGAN HANYA SEKADAR MELIHAT GAMBAR SAHAJA.

PERGERAKAN SYARIKAT GERGASI INI JUGA SEHARUSNYA DIPANTAU ...JANGAN HANYA DI COFE HOUSE DAH DAPAT MEMILIKI BERIBU-RIBU EKAR TANAH MILIK ORANG SARAWAK...MUDAH BUKAN NAMUN INI ADALAH REALITI PADA MASA SEKARANG...HANYA BERBEKALKAN PETA DAN JARI ...DAN PLUS RINGGIT MALAYSIA...


SPIN DALAM PEROLEHAN TENDER DAN KONTRAK UNTUK MENDAPATKAN HAK /KELAPA SAWIT  MENJADI AMALAN SEKARANG...

UNTUK ITU...KERAJAAN BN SARAWAK SEHARUSNYA MEMANTAU BENTUK PENJAJAHAN BARU PADA MASA SEKARANG.....JANGAN HANYA BERMODALKAN UNTUK KEMAJUAN SEMUA PERKARA PENTING DI TINGGALKAN....

Sunday 4 September 2011

ABDUL AZIZ-GIAT LAGI DAFTAR PENGUNDI BARU..


Ketua Penerangan Pemuda PBB ingatkan agar fokus kepada mendaftar pengundi muda sebelum menurunkan tahap umur untuk mengundi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Santubong.

Kalau dilihat aktiviti mendaftar pengundi perlu digiatkan lagi dan jangan asyik berharap kepada DAP sahaja yang begitu aktif dalam mendaftar pengundi muda. 



‘Focus on registering youth first before lowering voting age’


Friday, 02 September 2011 11:0

SANTUBONG: Political parties and relevant agencies should focus on registering youth between the ages of 21 and 25 first before making any proposal to lower the voting age to 18, Parti Pesaka Pumiputera Bersatu (PBB) Youth Information Chief Abdul Aziz Adenan said.

He said there were millions of unregistered voters among that particular age group even though the current minimum voting age was 21.

As such the issue of bringing these youth to realise the importance of exercising their rights through the ballot boxes would have to be addressed first, he said.

“(This) is quite challenging, especially for the present generation, who are bombarded with e-mails, Facebook posts and websites, with information (that are) mainly political propaganda from both sides of the fence, either directly or subtly,” he said.

He was met at the Aidilfitri open house of Minister with Special Functions, Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem, here yesterday.

Abdul Aziz said there was also a need to look into the extent of political maturity of such voters in terms of knowledge and responsibility to make the best voting choice.

Deputy Higher Education Minister Datuk Saifuddin Abdullah had said recently that a road map needed to be instituted to enable Malaysians reaching the age of 21 to be automatically registered as electors.

Saifuddin had also said that he was in favour of lowering the voting age to 18 so that 18-year-olds could also be included in the automatic registration.– Bernama
SUMBER:MUKAPETANG