LAGU UNTUK BLOGGER

Friday 23 September 2011

Dirgahayu.. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak

Sempena sambutan Hari Jadi TYT yang ke -90 saya ingin mengucapkan Selamat panjang umur dan murah rezeki.  Tajinet78  ingin memetik kembali serba-sedikit mengenai TYT untuk peringatan semua.



Latar belakang
 
Beliau merupakan anak lelaki tunggal kepada Abang Barieng bin Abang Anyut.  seorang tokoh yang tidak asing lagi dan juga merupakan seorang ketua komuniti Melanau di bahagian ke-tiga pada masa itu, kini dikenali sebagai Bintulu.  
 
Setelah zaman pendudukan Jepun, beliau telah menjawat jawatan sebagai  seorang Inspektor Daerah sehingga tahun 1947 di bawah penjajahan orang Inggeris.  Beliau kemudian bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara dan di Jabatan Kerja Raya.  
 
 

Kegiatan Politik

Beliau begitu aktif dalam politik Sarawak.  Beliau turut serta dalam membentuk Barisan Pemuda Sarawak (BPS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA).  
 
Beliau merupakan wakil kaum Melanau dalam Suruhanjaya Cobbold dalam pembentukan Malaysia. 

Pada tahun 1963, beliau telah beretanding dalam pilihanraya negeri dan memenangi kerusi ADUN.  Beliau bersara daripada bidang politik pada tahun 1968 dan menyertai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak sehinnggalah bersara sebagai Ketua Pengarah.  

Gabenor Sarawak
 
Pada tahun 1977, beliau dilantik sebagai TYT Gabenor Negeri Sarawak yang ke-tiga.  Beliau menggantikan Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Othman.  Beliau kemudiannya digantikan oleh Tun Abdul Rahman Yaakub pada 1981.  
Pada tahun 2001, beliau diminta untuk menyandang jawatan Gabenor Sarawak disebabkan oleh Tun AhmadZaidi Adruce kembali ke rahmatullah.  Memandangkan beliau begitu cekap sebagai Gabenor Sarawak, maka perkhidmatan beliau diteruskan hingga ke hari ini. 

No comments:

Post a Comment