LAGU UNTUK BLOGGER

Friday 17 June 2011

Masing pertikai SPRM dedah siasatan terhadap Abdul Taib


By:Luke Jetie Ak Benjamin

KUCHING 16 Jun – Seorang menteri Kabinet negeri mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendedahkan pihaknya sedang menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Menteri Kemajuan Tanah negeri, Tan Sri Dr. James Jemut Masing berkata, perkara itu tidak perlu didedahkan kerana dikhuatiri menjejaskan reputasi Abdul Taib memandangkan ia masih di peringkat awal siasatan.

Katanya, apa yang dilakukan SPRM itu merupakan satu tindakan yang tidak perlu kerana ia boleh membentuk persepsi negatif masyarakat terhadap individu yang disiasat.

“Ini kerana reputasi seorang ahli politik bukan sekadar melibatkan undang-undang tetapi amat bergantung kepada persepsi orang ramai

“Sebagai contoh, kes bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gadam yang dikaitkan dengan rasuah telah menyebabkan reputasi dan karier politik beliau terjejas meskipun dibuktikan tidak bersalah,” katanya selepas menghadiri persidangan Wacana Parlimen Mengenai Kerajaan di sini hari ini.

Pada persidangan melibatkan Menteri-menteri Muda dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) negeri itu, Abdul Taib turut hadir menyampaikan ucaptama dan merasmikannya.

SPRM minggu lalu mendedahkan Abdul Taib sedang disiasat berikutan isu pembabitan beliau dan ahli keluarganya dengan 49 syarikat hartanah dan pembalakan di lapan negara.

Masing yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) menggesa SPRM supaya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan berhubung kertas siasatan kes itu.

“Saya tidak tahu bagaimana SPRM bekerja, mereka boleh siasat apa sahaja yang perlu, tetapi apa sahaja laporan siasatan perlu dikendalikan secara berhati-hati,” katanya.

No comments:

Post a Comment