LAGU UNTUK BLOGGER

Wednesday 21 December 2011

Tun M puji si ketua penipu?

Memang benar. Itulah pujian yang diberikan oleh Tun Dr. Mahathir kepada Si Ketua Penipu ni. Dia memang buat kerja dengan baik.

Maka sebab itulah Si Ketua Penipu tu suka mendabik dada mengatakan bahawa dia jadi Menteri Kewangan selama 8 tahun. 

Perkara itu diulang - ulang dalam kebanyakkan ucapan dia supaya dia diakui terbaik oleh seluruh rakyat Malaysia ni. Cuma satu je yang dia tak sedar.

Ketika melemparkan tohmahan terhadap Tun Dr. Mahathir berkaitan dengan isu pinjaman Bank Dunia, dia secara tak sengaja turut membuka pekungnya sendiri.

Agaknya, Si Ketua Penipu ni tak cukup puas dibogelkan dalam Internet gamaknya, sampaikan dia sendiri pulak yang nak berbogel depan khalayak ramai.

Tapi, nak buat macam mana ye tak. Kalau dah jenis manusia kemaruk nakkan perhatian, memang macam tu la perangai dia. Biar pun yang malu nanti diri dia sendiri!!!
KUALA LUMPUR 20 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) berkata, semua permohonan pinjaman yang diluluskan Bank Dunia kepada Malaysia pada tahun 1999 bukan dibuat oleh beliau, sebaliknya permohonan itu dibuat lebih awal iaitu pada 1997 ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjadi Menteri Kewangan.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, rundingan terakhir mengenai permohonan tersebut membabitkan tiga projek iaitu pinjaman untuk sektor pendidikan (AS$244 juta), sektor sosial (AS$60 juta) dan sektor teknikal (AS$100 juta) juga dibuat pada tahun 1997 (Anwar dipecat pada 1999).
Malah, beliau berkata, pinjaman AS$300 juta untuk program makanan, pendidikan tinggi serta mikro kredit yang ditandatangani pada Jun 1998 antara Bank Dunia dan Malaysia, beberapa bulan sebelum ringgit ditambat juga ketika Ketua Pembangkang itu masih lagi bergelar Menteri Kewangan.
Sehubungan itu, Dr. Mahathir sekali lagi mengulangi kesediaan untuk bersumpah dan mencabar Anwar mengambil tindakan sama jika ketua pembangkang itu gagal mengemukakan bukti yang beliau pernah memohon pinjaman daripada Bank Dunia serta Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
“Krisis mata wang berlaku pada 1997. Secara semula jadi setiap pinjaman tidak akan diluluskan sehingga 1999 bila krisis sudah berakhir. Setiap permohonan pinjaman yang dibuat harus diikuti dengan rundingan dan kelulusan hanya akan diberi selepas segala urutan itu dilalui.
“Semua pinjaman yang dibuat pada 1997 oleh Kementerian Kewangan pada masa itu akhirnya diluluskan pada Mac 1999 tetapi kerajaan telah membuat keputusan untuk menghentikan segala pinjaman tersebut,” kata beliau dalam blognya, http://chedet.cc, hari ini.
-semut

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment