LAGU UNTUK BLOGGER

Monday 19 December 2011

SPR umum guna dakwat kekal untuk PRU - 13

Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Aziz Ysuof umum pengunaan dakwat kekal untuk pilihanraya umum ke 13.Beliau bagaimanapun enggan beritahu warna berkenaan bagi elak sabotaj.

Bercakap dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya Isnin beliau berkata ini bermakna sistem biometrik tidak akan diguna.

"Dakwat ini  mempunyai 4-7 peratus kandungan perak nitrat dan boleh bertahan sehingga tujuh hari."

Walau bagaimanapun, warna dakwat kekal sebagai rahsia untuk menghalang cubaan sabotaj, katanya.

Beliau berkata dakwat itu adalah berlainan daripada dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum ke-12.

Enggan memaklumkan sumber negara ia diimport, Abdul Aziz berkata dakwat kekal itu digunakan di beberapa negara bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar.

Beliau turut mengumumkan 'pengundian awal' akan diperkenalkan pada pilihan raya umum kelak iaitu tiga atau empat hari sebelum hari pengundian khusus bagi anggota tentera, pasangan anggota tentera, polis (tidak termasuk pasangan) dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Undi pos masih dikekalkan namun pengundi terbabit perlu memohon kepada pegawai pengurus pilihan raya, kata Abdul Aziz.

Katanya kesemua perkara berkenaan adalah antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Pengunaan dakwat kekal ini di jari adalah untuk elak penipuan dalam pengundian.

Ia menjadi isu yang hangat diperdebatkan kebelakangan ini.-19/12/2011
sumber:agenda daily

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment