LAGU UNTUK BLOGGER

Thursday 22 December 2011

Mimpi Gerhana Bulan!

Ahad lepas 15 Muharram 1433 bersamaan 11 Dis 2011, bersamaan dengan peristiwa gerhana bulan, Haji Hadi melancarkan “DOKUMEN NEGARA KEBAJIKAN”, satu lagi retorik manifesto kaum Anwarinas dalam menghadapi PRU13 nanti. Dokumen yang sarat dengan pelbagai janji manis dan madah berhelah ni dijadikan modal terbaru kaum Anwarinas untuk mencapai nafsu serakah mereka ke Putrajaya!

Persoalan pokoknya ialah, bolehkah Dokumen Negara Kebajikan ini dipercayai!? JAWAPANNYA JELAS: TIDAK BOLEH & WAJIB DITOLAK!!!

Jangan lupa pada 12 Nov 2003, dalam menghadapi PRU ke 11, kaum Anwarinas mengemukakan “DOKUMEN NEGARA ISLAM” yang dilancarkan juga oleh Haji Hadi! Tujuannya masa itu adalah antara lain untuk menentang konsep “ISLAM HADHARI” yang dibawa oleh YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi yang diterima baik oleh bukan sahaja umat Islam dalam dan luar negara, malah oleh bukan Islam. Ini dapat dilihat dalam ucapan-ucapan penerimaan oleh pemimpin MCA, MIC, Gerakan, PBS, dan lain-lain. Malah ianya diterima diperingkat antarabangsa sebagai satu gagasan yang dapat memartabatkan Islam dipersada dunia.
-house of pk.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment