LAGU UNTUK BLOGGER

Wednesday 18 May 2011

SYABAS PEMUDA PBB SARAWAK


Berani dan tegas itu harus puji terhadap Pemuda PBB Sarawak.Ini berikutan "kebodohan"Si Francis ini.antara tuntutan pihak pemuda adalah seperti berikut:
Pemuda meminta agar pihak polis membuat siasatan atas perkara berikut ;

1. Francis Siah mempunyai niat untuk mengadakan demonstarsi jalanan besar besaran ala timur tengah yang boleh mengancam ketenteraman awam di Sarawak.Walaupun beliau menyatakan dalam artikel tersebut bahawa rancangan tersebut akan diadakan secara aman, namun di dalam perenggan terakhir artikel tersebut beliau menyatakan sekiranya terdesak beliau akan melalukan apa sahaja untuk memaksa KM berundur. Ini memberi gambaran bahawa beliau beliau mempunyai potensi untuk menjadikan perhimpunan itu sebagai momentum huru hara negeri Sarawak. Ini boleh dianggap sebagai subversive dan menghasut rakyat untuk memberontak dan ini adalah satu kesalahan besar di sisi undang undang Negara.

2. Pemuda PBB juga mahu pihak polis menyiasat adakah Francis Siah menerima bantuan dana dari Negara barat yang ingin melihat Malaysia menjadi padang jarak padang terkukur seperti yang dilakukan oleh mereka di Timur Tengah. Ini kerana perancangan besar Francis Siah ini melibatkan jumlah dana yang besar, dan sekiranya dana ini wujud dan benar dari pihak Negara barat maka siasatan haruslah dibuat adakah Francis Siah ini menjadi perkakas Negara barat di Sarawak.

3. Tindakan Francis ini menghina system demokrasi dan menghina suara rakyat Sarawak yang dengan jelas mahu YAB Pehin Sri dan BN memimpin semula Sarawak.Tindakan ini jelas menolak dan menghina asas perlembagaan Negara kita.

4. Francis Siah juga menghasut orang awam untuk membenci SPR dengan menyatakan pilihanraya yang lepas telah berjalan dengan tidak benar dan tidak tulus . Ini bermakna beliau menghasut rakyat Sarawak untuk membenci agensi yang dipayungi secara langsung oleh kuasa Yang Dipertuan Agong lebih lebih lagi keputusan pilihanraya telah pun diperkenankan melalui pengwartaan baru baru ini.sumber:alehkayong


Siapakah si Francis ini klik disini apa yang menghairan permintaan si Francis ini adalah bercorak politik murahan klik disini mengapa perlu kita mengikut seperti mesir

No comments:

Post a Comment