LAGU UNTUK BLOGGER

Monday 16 May 2011

PERPECAHAN DALAM DAP?


Apakah berlaku perpecahan dan pergeseran baru di dalam kepimpinan tertinggi DAP Pulau Pinang dan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap KM Pulau Pinang?

Persoalan ini timbul apabila kenyataan Chow Kon Yeow, Pengerusi DAP Pulau Pinang, bercanggah dengan intonasi Lim Guan Eng dan kenyataan Jeff Ooi, MP Jelutong mengenai isu Razali Rahman, ahli Melayu DAP dan majlis pertemuan paderi di sini baru-baru ini.


Kon Yeow berkata, buat masa ini pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat isu berkenaan.
"Kenapa mahu tergesa-gesa ambil tindakan terhadap dia (Mohamed Razali)? Kita (DAP) pun tiada akses untuk tahu apa yang dia lapor. Biarlah polis siasat," katanya ketika dihubungi oleh Mingguan Malaysia.
Ironinya, pengerusi DAP Pulau Pinang yang mahu bersabar itu tidak sama dengan kegelojohan yang ditunjukkan oleh Lim Guan Eng dan Jeff Ooi.

1. Semasa sidang ADUN Pulau Pinang, Lim Guan Eng begitu terdesak dan cepat memburuk-burukkan Utusan Malaysia dan menganggap laporan berita itu adalah satu pembohongan dan fitnah yang amat bahaya sekali KLIK SINI

Malah, kegusaran melampau Lim Guan Eng DAP itu turut ditegur oleh 2 ADUN UMNO Pulau Pinang iaitu Dr Hilmi Yahya (BN-Teluk Bahang) dan Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) di dalam Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

ADUN UMNO itu menyarankan kepada Lim Guan Eng supaya menunggu dulu keputusan siasatan sebelum memberi sebarang keputusan. Malah ADUN UMNO juga berasional dengan mencadangkan agar tindakan susulan boleh dibuat sama ada isu ini betul atau tidak.


Tetapi Guan Eng tidak mempedulikan nasihat mereka. KLIK SINI

2. 2 hari lepas, Jeff Ooi pula telah mengugut Razali Rahman dengan memberi tempoh 24 jam kepada beliau untuk mendedahkan isi kandungan laporan polis beliau. Untuk keterangan lanjut KLIK SINI Tindakan Jeff Ooi itu menimbulkan persepsi bahawa beliau menjadi gelabah dan tidak tentu pasal hingga sanggup mengugut ahli DAP tersebut.
Persoalannya,

1. Kenapakah ada 2 kenyataan yang berbeza di dalam kepimpinan DAP Pulau Pinang?
2. Apakah Pengerusi DAP Pulau Pinang baru tahu bahawa Lim Guan Eng telah 'merampas' hak beliau sebagai KM Pulau Pinang?
3. Atau, beliau ingin menunjukkan 'kuasa' beliau kepada Jeff Ooi dan Lim Guan Eng bahawasanya beliau juga mempunyai hak untuk bersuara di dalam hal ini?

Kita tunggu dan lihat!

No comments:

Post a Comment