LAGU UNTUK BLOGGER

Sunday 15 May 2011

Pemuda Machan dan Ngemah menganjukan Majlis Makan Malam kesyukuran .


KANOWIT:

Tahniah dan syabas....kepada Pengerusi Majlis tersebut Saudara Hassan Bin Tahir dan semua exco Pemuda Ngemah,Pekan ,Machan dan Muhibah diatas penganjuran Majlis Makan Malam Kesyukuran dan Penghargaan BN Kanowit.

      Dalam majlis tersebut YB Dato Sri James Masing ,Menteri Pembangunan Tanah Sarawak ,merangkap Presiden PRS hadir sebagai tetamu kehormat.Antara YB yang turut hadir adalah YB Datuk Gramong  Juna dan YB En. Alexander Vincent.Semasa majlis tersebut YB Dato Sri James Masing mengucapakan syabas dan tahniah atas kerja kuat yang diberi Pemuda BN Kanowit yang bertungkus lumus dalam memastikan kemenangan BN.

   Selain itu beliau juga mengucapakan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh rakyat terhadap kerajaan BN Sarawak yang dibawah kepimpinan Pehin Sri KM.

    Sempenan majlis ini juga Pemuda PBB berikrar akan taat setia kepada Kepimpinan Pehin Sri KM dan akan terus berjuang untuk BN Sarawak.

  Turut hadir pada majlis tersebut adalah seperti Naib ketua Pemuda PBB Sarawak  Saudara Pandi Suhaili,Ketua Penerangan Pemuda PBB saudara Abdul Aziz Tan Sri Adenan dan Majlis Kerja Tertinggi Pemuda PBB yang lain.

    Majlis tersebut ditaja sepenuhnya oleh YBHG Dato Ahmad Bin Dato Ibrahim(Ketua Cawangan Pemuda PBB Batu Kawa).
sumber:zaini busrah dan Bujang Senang

No comments:

Post a Comment