LAGU UNTUK BLOGGER

Sunday 29 May 2011

Dato Sri Hj. Adenan Hj. Satem...juara dalam perdebatan mengenai Tanah Adat di Sarawak

 Tajinet tertarik dengan artikel memngenai YB Dato Sri Adenan ini:Berikut serba sedikit mengenai YB .


Dato' Sri Hj Adenan Hj Satem merupakan muka lama dalam politik Sarawak. Dinobatkan sebagai juara dalam perdebatan mengenai Tanah Adat di Sarawak pada akhir 1980 an dan 1990 an, Datuk Adenan merupakan political figure yang cukup hebat di dalam kabinet negeri pada masa itu.

Dalam pemilihan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu tahun 2002, beliau bersama-sama Datuk Sri Abang Abdul Rahman Zohari bertanding untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Parti. Walau bagaimanapun nasib tidak menyebelahi beliau apabila tewas di tangan Abang Zohari, seterusnya dilantik sebagai Naib Presiden Kanan Parti oleh Majlis Tertinggi, sesuatu yang janggal di dalam parti semenjak 30 tahun penubuhannya. Penonjolan kepimpinan beliau amat ketara di dalam parti sehingga ada desas desus yang mengatakan bahawa beliau bakal menggantikan Pehin Sri Tan Sri Hj. Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru. Selepas Pilihan raya Parlimen diadakan pada tahun 2004 yang lepas, dengan menggantikan Cikgu Sukinam Domo di Parlimen Batang Sadong, beliau dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, suatu jawatan yang tidak asing bagi menteri yang berasal dari Sarawak.

Namun begitu pada Februari 2006, rombakan kabinet Persekutuan telah diadakan dan beliau tidak disenaraikan di dalam kabinet tersebut. Alasan Perdana Menteri ialah Dato' Sri Adenan sendiri meminta supaya beliau tidak dinamakan sebagai menteri, kemudiannya diakui oleh Adenan sendiri. Lain alasan ialah untuk memberi konsentrasi di dalam pilihan raya negeri yang bakal dilangsungkan pada Mei 2006.

  Episod Adenan dan kepimpinan serta politik negeri Sarawak amat sunyi sehinggalah selepas pilihan raya ke-9 2006 beliau tidak dilantik semula di dalam kabinet negeri. Untuk rekod di dalam pilihan raya ke-9 2006 tersebut beliau ditukarkan ke kerusi Tanjung Datu, dan kerusi lama beliau bertukar tangan kepada calon baru iaitu Datuk Sri Muhammad Ali bin Mahmud iaitu adik kandung Ketua Menteri sendiri. Dalam rekod pilihan raya yang lepas kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Kawasan Muara Tuang merupakan kubu kuat Parti Barisan Nasional dan mempunyai majoriti yang tertinggi bagi negeri Sarawak. Adenan sekali lagi di kawasan barunya mendapat majoriti undi yang juga tinggi dengan mengalahkan dua pencabarnya dari BEBAS dan calon Keadilan Rakyat dengan majoriti 4136.

No comments:

Post a Comment