LAGU UNTUK BLOGGER

Friday 20 May 2011

PERPECAHAN DALAM PAS.


Percaturan pemilihan barisan kepimpinan baru Pas yang dijadual pada bulan depan akan menyaksikan pertembungan antara dua kumpulan dominan di dalam parti itu, pro-Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pro-kepimpinan ulama.
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, pembentukan dua kumpulan sememangnya wujud di dalam Pas kerana ada beberapa pemimpin parti itu kini dilihat begitu liberal serta sealiran dengan pemikiran Anwar walaupun Ketua Pembangkang itu jelas berfahaman pluralisme.

Beliau berkata, tidak dinafikan kepimpinan ulama masih wujud di dalam Pas apabila jawatan Presiden parti dipegang oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi persoalannya bagaimana pula dengan pengisian jawatan nombor dua parti dan ke bawah.
“Saya percaya ada percaturan dalam pemilihan Pas kali ini. Sudah pasti Anwar dan PKR mahukan mereka yang benar-benar sealiran dengannya memegang jawatan nombor dua dan ke bawah secara majoriti. Kumpulan ini digelar sebagai puak Erdogan.

“Tujuannya ialah memastikan Pas sentiasa bersama dengan PKR walau apa pun berlaku. Mengenai kedudukan Abdul Hadi itu tidak menjadi masalah kerana apa yang penting Anwar boleh meletakkan seberapa ramai pemimpin sealiran dengannya di dalam kepimpinan parti itu,” katanya.
Nakhaie berkata demikian ketika mengulas kemenangan Abdul Hadi menerajui parti itu sekurang-kurangnya sehingga 2013 iaitu penggal kelima buatnya apabila tidak dicabar pemimpin lain pada pemilihan bulan depan.
Bagaimanapun saingan untuk jawatan Timbalan Presiden pula dijangka menarik pada muktamar ke-57 parti itu bermula 3 hingga 5 Jun ini apabila enam individu disahkan layak bertanding daripada lapan yang dicalonkan.

Nakhaie berkata, Anwar perlu menyusun barisan kepimpinan Pas yang pro kepadanya supaya Penasihat PKR itu sentiasa mendapat sokongan Pas walaupun berhadapan dengan pelbagai kontroversi sama ada berkaitan dengan pluralisme atau isu moral.
“Teorinya mudah sahaja. Jika Pas dikuasai oleh sebahagian besar puak Erdogan, apa jua keputusan akan berpihak kepada kumpulan tersebut.
“Katakanlah berlaku satu kontroversi kepada Anwar. Sudah tentu puak Erdogan sebulat suara akan membuat keputusan membelanya. Dalam hal ini Abdul Hadi sudah pasti tidak boleh berbuat apa-apa kerana keputusan dibuat secara majoriti,” katanya lagi.
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin ketika mengulas isu sama berkata, berdasarkan maklumat dalaman daripada rakan-rakan dalam Pas, akan berlaku pertembungan hebat antara kumpulan Erdogan dan kepimpinan ulama pada pemilihan Pas kali ini.
“Cuma saya mendapat maklumat sokongan di peringkat bawah lebih menjurus kepada prokepimpinan ulama. Mungkin mereka mula menyisihkan diri daripada badi Anwar yang membuatkan sokongan rakyat kepada Pas semakin merosot.
“Walau apa pun, pasti akan berlaku pertembungan dua kumpulan ini pada pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat. Puak Erdogan dikatakan sedang merancang untuk menguasai Pas dalam jangka panjang,” katanya.
Puak Erdogan


Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya Husam Musa, puak Erdogan membuka langkah bertembung dengan puak ulama.
Apa yang berlaku jelas menunjukkan bahawa Husam amat licik kerana tidak mencabar Hadi tetapi mewujudkan geng Erdogan seramai mungkin dalam kepimpinan Pas Pusat untuk mendesak Hadi dan timbalannya.

Ini juga menunjukkan bahawa ia adalah salah satu usaha untuk mengukuhkan kedudukan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam parti itu.

No comments:

Post a Comment