LAGU UNTUK BLOGGER

Monday 30 May 2011

Pengerusi PAS Sarawak, Adam Ahid bengang kena kutuk...


"Pengerusi PAS Sarawak melenting adalah lebih baik menyelidik terlebih dahulu akan kebenaran sesuatu perkara. Seseorang tidak akan bercakap dan mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya sekiranya tiada bukti dan fakta yang sahih. Berbeza dengan pembangkang yang sentiasa menghentam walaupun hakikatnya perbuatan itu tidak dilakukan sama sekali. Perbuatan seperti itu diibaratkan sebagai memfitnah."klik disini


Tajinet bersetuju dengan kenyataan yang disampaikan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) YB Datuk Daud Abdul Rahman;

"Beliau mengingatkan guru-guru agama supaya tidak membawa budaya dan anasir negatif terhadap kerajaan yang disebarkan dari Semenanjung Malaysia dikhuatiri menjejaskan perpaduan kaum di Sarawak.


“Kita di Sarawak serba salah kerana kita mempunyai masalah kekurangan guru, walaupun demikian memang kita mengakui ada segelintir guru dari Semenanjung Malaysia terutamanya dari Kelantan datang ke sini membawa budaya dan cara pemikiran terhad dan tertutup ke sini,” katanya."
 
 
PAS telah jauh berubah berbanding dahulu ketika ia mula tertubuh. Ketika PAS mula dibentuk sebaik saja keluar dari UMNO. Rakyat tidak sedar bahawa parti ini ditubuhkan apabila pemimpin PAS yang kecewa dengan kekalahan Ahmad Fuad ketika bertanding dengan Onn Jaafar dalam merebut jawatan Presiden Perikatan lalu keluar menubuhkan PAS. klik disini



Dahulu PAS adalah sebahagian dari Perikatan atau sekarang dikenali sebagai Barisan Nasional. Pemimpin PAS adalah terdiri daripada orang-orang yang kecewa, yang inginkan pangkat dan kuasa tetapi tidak berjaya dalam pertandingan lalu keluar dan menubuhkan PAS. Nawaitu penubuhan PAS memang tidak jujur kerana cuma ingin merebut pangkat dan jawatan dan bukan untuk membela agama, bangsa dan negara sepertimana BN yang bermatian berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan bagi anak bangsa dan negara. Perjuangan BN lebih tulus dan ikhlas iaitu ingin membela agama, bangsa dan negara dari dosa penjajahan.Klik disini

1 comment:

  1. salam bro. mohon listkan blog "keadilanxsarawak" dalam bloglist sdr juga supaya kita dpt berjuang bersama-sama.

    ReplyDelete