LAGU UNTUK BLOGGER

Friday 17 February 2012

BINI MARAH JIKA TAU SAYA PERGI..?




Seorang pemilik bengkel yang mempunyai perangai 'takut bini' sanggup mencederakan diri dan cuba merasuah polis dengan harapan dia tidak ditahan sekali gus dapat menutup tembelangnya mengunjungi premis hiburan daripada pengetahuan isterinya.

Bukan itu sahaja, lelaki itu turut memarahi anggota polis yang membuat serbuan sebelum berlari ke sana sini.Dia juga cuba mencederakan dirinya dengan memecahkan botol-botol arak dan hendak merasuah RM150 kepada polis agar dia dilepaskan kerana bimbang akan dimarahi isteri jika kegiatannya terbongkar.

Bagaimanapun, tindakan lelaki berusia 35 tahun itu langsung tidak memberi kesan kepada sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman yang menyerbu premis berkenaan di Bandar Puteri di sini pada pukul 12.30 pagi semalam.

Ketua Unit D7 Bukit Aman, Asisten Superintendan Shahrul Nizam Jaafar berkata,untuk meredakan keadaan, pihaknya terpaksa 
menahan lelaki itu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam."Ketika serbuan dibuat, dia sedang minum arak bersama seorang rakannya dan bertindak agresif apabila pemeriksaan dibuat.

"Pada awalnya, rakannya cuba menenangkannya namun gagal apabila dia mula hilang kawalan," katanya ketika ditemui di sini semalam.

**Hahahha...kelakar betul mamat ni..bini mana yang tak marah kalau tahu laki dia pi tempat tempat macam tu...ooopsss silap..ada seorang je bini yang tak marah laki dia layan juboq lelaki dan china doll..lagi boleh kata laki dia manusia anugerah tuhan..
sumber:http://empayar-pemuda.blogspot.com/2012/02/bini-marah-jika-tau-saya-pergi.html

No comments:

Post a Comment