LAGU UNTUK BLOGGER

Wednesday 1 February 2012

Walkabout Anwar Ibrahim Sempena Hari Wilayah


alt
SEGAMBUT, 1 Feb - Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Parlimen Segambut dalam program 'walkabout' bersama rakyat sempena sambutan Hari Wilayah.
Program yang bermula jam 10.00 pagi tadi menyaksikan hampir 1,000 orang hadir dan bersesak di dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Jinjang Selatan menunggu kehadiran beliau.
Sebelum itu, ahli Parlimen Batu Tian Chua dan ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah memberi ucapatama yang turut menyaksikan persembahan tai chi dan tarian naga dipertontonkan kepada umum.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan turut mengadakan beberapa lagi siri 'walkabout' hari ini, di Parlimen Wangsa Maju, Setiawangsa sebelum menutup tirai program tersebut di Lembah Pantai.

No comments:

Post a Comment