LAGU UNTUK BLOGGER

Saturday, 7 January 2012

PERHHH! ! ! PERKAHWINAN BOGEL!!


Hampir setiap pasangan mengimpikan majlis perkahwinan yang tak dapat dilupakan seumur hidup mereka. Seperti pasangan yang berasal dari Australia ini, Ellie Barton dan Phil Hendricott nekad mengadakan perkahwinan tanpa pakaian di hadapan 250 sanak saudaranya. 

Dilaporkan dari laman The Sun, mempelai wanita ini hanya mengenakan jaring putih panjang di sanggulnya. Payudara dan kemaluannya pula hanya ditutup menggunakan cat tubuh (body paint). Sementara mempelai sebelah lelaki hanya menggunakan topi untuk menutup kemaluannya. Adoiii...macam ni pun ada ek!!

Perkahwinan itu disiarkan secara langsung oleh stesen radio B105 yang menjangkau lebih 1.000 pendengar di Brisbane.

Pasangan berusia 25 tahun itu terlihat sangat teruja dan bahagia. Mereka sama sekali tidak menunjukkan sebarang rasa malu saat mengucap janji nikah di hadapan 250 tetamu undangan yang keseluruhannya berpakaian lengkap.


Ellie dan Phil ternyata bukan satu-satunya pasangan yang memilih untuk tidak menggunakan tuksedo dan gaun perkahwinan yang dipenuhi kristal untuk menikah. Ramai lagi pasangan lain yang juga berusaha menjadikan saat indah yang tidak dapat dilupakan dengan melakukan perkahwinan tanpa pakaian. Salah satu tempat paling terkenal dengan upacara perkahwinan bogel adalah Resor Hedonisme III di Runaway Bay, St Ann. Pada perayaan Valentine 2003, sebanyak 29 pasangan tanpa pakaian mengucap janji di tempat tersebut. Ianya menjadi salah satu pesta pernikahan bogel yang terbesar.
PS:JADI PENGAJARAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA
SUMBER: AnakSeberang

No comments:

Post a comment