KUALA LUMPUR: Wujudnya banyak hotel murah menawarkan pakej penginapan pada kadar rendah ikut jam dipercayai menggalakkan kegiatan pelacuran, kata polis.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata hotel kadar murah ataupun motel dijadikan tempat pelacur menjalankan kegiatan mereka.
"Kita tidak menolak kemungkinan motel yang menawarkan pakej penginapan murah ini mendorong dan menjadi penggalak kepada aktiviti maksiat golongan yang masih belum berkahwin," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata ada juga restoran yang menawarkan kegiatan pelacuran sebagai 'penarik' melipatgandakan keuntungan.
Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah), Jeevan S.Ramamurthy, tidak menolak kemungkinan pengusaha motel murahan ini meraih keuntungan daripada gejala pelacuran.
"Memang ada pengusaha motel ini terlibat dalam kegiatan pelacuran yang kebanyakannya memberi tumpuan kepada warga asing dengan memperoleh keuntungan dua atau tiga kali ganda berbanding rakyat tempatan.
"Perbezaan nilai matawang serta keadaan sosio ekonomi negara asal golongan pelacur itu menjadi antara punca ramai pelacur asing datang ke sini," katanya.
Mengulas penglibatan warga tempatan dalam pelacuran, Jeevan berkata ada antara mereka bukan memilih untuk menjadi pelacur sebaliknya tertipu dengan janji manis pasangan mereka.
"Ada antara mereka yang dipaksa suami untuk melacur dan tidak kurang juga yang terjerat dengan nafsu sendiri," katanya.
Jeevan berkata polis perlu menjalin kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi memastikan golongan pelacur yang terlibat dalam kegiatan tersebut tanpa kerelaan mendapat perlindungan sewajarnya.
"Bila polis buat tangkapan dan mendapati ada unsur paksaan hendaklah merujuk kes kepada pihak lain untuk mendapatkan bantuan atau kerjasama," katanya.
Statistik terkini polis Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) menunjukkan 11,832 orang wanita warga asing ditangkap tahun lepas berbanding 11,919 tahun sebelumnya.
Polis turut menangkap 1,801 wanita tempatan kerana aktiviti pelacuran pada tahun lalu.
Seorang pekerja seks warganegara Indonesia yang hanya dikenali sebagai Angie, 26, berkata dia menjalankan kegiatan pelacuran hampir tujuh bulan sejak berada di negara ini dan telah memperoleh pendapatan lumayan.
"Jumlah pendapatan yang saya ternyata amat lumayan sekali. Sebulan boleh dapat hampir RM12,000 dengan melayan 50 lelaki dengan bayaran RM150 hingga RM200 seorang," katanya.
Atas alasan ini membuatkan Angie sanggup menggadai tubuhnya demi mengaut pendapatan yang seperti seorang eksekutif.
Angie berkata dia bergiat di sekitar Klang dan mendakwa hotel murahan menggalakkan pelanggan memilih lokasi itu bagi mendapatkan khidmat pelacuran.
"Dengan harga bilik yang murah antara RM43 dan RM100 membuatkan pelanggan lebih senang ke rumah penginapan ini kerana tidak melibatkan kos yang begitu tinggi," katanya. - Bernama
- http://www.hmetro.com.my

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment