Hari ini saya express habis..saya express habis…luah Dato’ Ibrahim Ali ketika diimbau kenangannya bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjuang bersama-sama sejak dari zaman 70-an.
Ibrahim mengenali Anwar bukan baru. Sejak daripada beliau berkecimpung dengan politik pelajar, berdemonstrasi, ditahan di Kamunting, menyertai UMNO, hinggalah Anwar dipecat dari UMNO, semuanya ada kena mengena dengannya.
“Saya memang kenal dia lama. Tapi, bila saya masuk ITM, dia sudah keluar. Dan hubungan saya dengan Anwar ini, saya memang menyokong dia, all the way sampai dia masuk UMNO. Menyokong dia sebab saya anggap dia idola walaupun saya tahu hati kecil dia, dia cemburu dengan saya.
“Daripada kampus lagi. Dia ni dengan saya ini, “love-hate”, katanya.
Wawancara AIDC bersama Dato’ Ibrahim Ali, Presiden PERKASA di Kuala Lumpur pada 18 Januari 2012 mengungkap sejarah silam, satu sisi Anwar Ibrahim yang mungkin sebelum ini belum terdedah kepada umum.
AIDC : Dato’ ada bercakap di Parlimen, 29 November tahun lalu. Dato’ sebut, telah kenal Anwar sejak zaman pelajar lagi dan sama-sama di penjara Kamunting. Saya ada baca buku ‘Bersama Anwar Ke Penjara’ tulisan Kamaruzaman Yacob. Dia kata, semasa di Kamunting Dato’ pernah tegur Anwar, “Jangan menyanyi pak syeikh nanti turun saham.” .
Dato Ibrahim Ali : Ya.
Dato’ tegur Anwar ?
Betul.
Dan ketika itu, maksudnya menyanyi itu sudah menjadi satu isu yang tidak sesuai kepada Anwar sebagai seorang Presiden ABIM. Itu maksudnya?
Yalah, masa itu, habis semua sekali hal-hal hiburan ini.. dia menentang dulu.
Jadi, saya dalam keadaan berseloroh sahaja.
Saya memang kenal dia lama. Tapi, bila saya masuk ITM, dia sudah keluar. Dan hubungan saya dengan Anwar ini, saya memang menyokong dia, all the way sampai dia masuk UMNO. Menyokong dia sebab saya anggap dia idola walaupun saya tahu hati kecil dia, dia cemburu dengan saya.
Daripada kampus lagi. Dia ni dengan saya ini, “love-hate”.
Sebab, waktu itu dia belum jadi Presiden ABIM, dia jadi Setiausaha Agung. Saya sudah jadi pemimpin pelajar di ITM. Dan saya pula waktu itu aktif dalam PKPM-PKPIM di mana mengabungkan semua universiti di seluruh Malaysia ini. Saya..masa itu dikira ‘ring-leader’.
Dato’ terlibat dengan PKPIM ?
Saya, Naib Presiden PKPM-PKPIM. Jadi, saya muncul dalam akhbar setiap hari. Popularlah waktu itu dan saya tahu Anwar Ibrahim tidak senang hati. Dan pernah saya nak jadi Presiden PKPIM, dia halang. Dia bagi ke Datuk Idris Juzi. Saya nak jadi Presiden PKPIM, dia bagi pada Halim Arshad. Dia cukup jaki (dengki) dengan saya. Saya nak bertanding Exco Majlis Belia Malaysia, dia halang.
Walaupun saya sokong dia, dia tahu saya sokong dia tapi dia tidak boleh tahan dengan saya. Sebab saya berani tegur dia dan saya juga popular pada waktu itu.
Lepas itu, saya masuk UMNO. Saya juga popular. Dia pergi halang saya bertanding Ketua Bahagian Pasir Mas. Dia sekat saya daripada menang sebagai Exco Pemuda. Tapi, saya tetap sokong dia. Tapi saya tahu dia tak suka saya. Inilah “love-hate.”
Sebab apa ? Sebab Anwar ini, nampak saja baik. Kalau jumpa dengan dia, dengan sayalah, “Apa khabar Brahim…?” Dia pegang bahu ni, ha..dia pulas perut. Daripada dulu sampai sekarang, hipokrit. Tapi, dia buat kat saya macam-macam.
Saya ingat lagi dalam projek penswataan dulu, MARA Holdings.. macam-macamlah dia buat kat saya. Lepas itu, bila dia bertemu dengan kawan-kawan yang lain, mesti dia perleceh saya, mesti dia condemned saya kat belakang. Tapi bila dia susah, dia cari saya.
Bila Mahathir nak pecat dia, bila dia nak dipecat daripada MKT, daripada Timbalan Perdana Menteri, dia panggil saya. Berpeluk dengan saya di rumah. Minta saya pergi jumpa Dr. Mahathir.
Apabila susah cari saya. Bila senang…ha sekarang ni.. First degree hipokrit ini ialah Anwar Ibrahim. Sebab itu, saya tengok orang lain pun ada juga buat kesilapan, ada juga buat salah dan akan bertemu dengan Rabbul Jalil. Tapi Anwar ni di akhirat nanti.. Anwar ni.. Allah Taala bayar cash di dunia lagi. Sebab dasyhat sangat.
Orang tak tahu siapa dia sebenarnya.. Apa jelma dia ini pun saya tak tahu. Yang kita lihat dia dulu, oh cukupperfect, idola. Sebab itu Dr. Mahathir pun tertarik dengan dia dulu.
Tertarik dari segi gambaran luar?
Ya. Dia punya PR, cara dia jumpa dengan kawan, dengan musuh, “Apa habaq..Assalamualaikum, ya syeikh,” ni.. (pegang bahu). “Apa habaq isteri.” Luar cukup baik. Tapi kat belakang…ha.. kalau tidak saya tak bercakap macam itu.
Ni saya bercakap dengan penuh perasaan dan ini yang terkeluar daripada mulut saya. Saya tak rancang apa-apa. Yang baik datang daripada Allah, yang tak baik datang daripada saya. But I take full responsibility what I say. Allah Taala akan hukum saya nanti.
Dalam Parlimen itu juga, Dato’ ada sebut bahawa dalam demonstrasi 1970-an iaitu Demonstrasi Baling, Dato’ kata Anwar ini hanya seorang yang suka claim mailege sahaja ?
Betul…
Yang rancang semua orang lain. Dia hanya pergi canang sahaja ?
Ya, Anwar ini memang opurtunis. Dia pandai.
Zaman dia jadi pemimpin pelajar dulu, dia jadi Presiden PBMUM. Dia tunjuk perasaan kerana menegakkan bahasa Melayu, anti bahasa Inggeris. Dia cat (papan tanda) bahasa Inggeris. Sekarang ini dia cat tak (papan tanda) bahasa Inggeris?
Kemudian dia terlibat PKPIM mengadakan tunjuk perasaan anti-Tun Thanom Kittikachom (Perdana Menteri Thailand), saya masih ingat lagi… Itu sahaja penglibatan Anwar dari segi kebangkitan pelajar.
Zaman sayalah.. paling banyak. Menuntut ITM taraf universiti, akta universiti..macam-macam isu. Penyelewengan rasuah, sampai isu Baling.
Baling ni, saya nak cerita. Waktu cuti semester universiti, kita selalu.. PKPM, PKPIM, buat program Desa Siswa. Para mahasiswa bercuti, pergi ke kampung. Di kampung, buat gotong-royong, buat tuisyen untuk anak-anak kampung yang miskin. So, salah satunya kita buat di Baling. Saya terlibat.
Sewaktu di Baling, percampuran beberapa mahasiswa daripada berbagai-bagai universiti. Pada waktu itu di Baling, ramai sikit (mahasiswa) daripada UKM.
Berlaku kematian di Baling, bulan Disember tahun 1974. Kecoh katanya orang ini miskin, mati, lapar. Dia makan ubi gadong. Ubi gadong ini ada racun. Jadi, dia masak tak betul, makan..maka mati.
Maka, waktu itu, kami semua ada di sana. Itulah berlakunya tunjuk perasaan. Boleh tanya Ustaz Nakhaie, dia orang Baling. Waktu itu dia jadi penasihat agama ITM.
Berlakulah tunjuk perasaan di Baling, dekat 10,000 (orang). Kecoh jugalah dua..tiga hari. Akhirnya reda. Kami pun balik ke Kuala Lumpur.
Balik Kuala Lumpur, kita buat mesyuarat PKPM. Okay, kita nak teruskan tunjuk perasaan. Kita buat di Dataran Merdeka tu. Yang Dataran Merdeka tu tidak macam sekaranglah, Dataran Merdeka yang lama dulu.
So, kami tunjuk perasaan di situ, dua..tiga hari berperang dengan polis. Tunjuk perasaan kerana kes Baling. Sehinggalah kita berpindah ke Masjid Negara sebagai tempat pelindung. Saya tak ingat semasa di Masjid Negara itu hari yang pertama atau hari yang kedua. Saya tengah dok bersyarah ni, saya sendiri dok bersyarah, tiba-tiba Anwar muncul. Muncul, dia ambil mikrofon, dia bersyarah.
Waktu berlaku di Baling, di Dataran Merdeka sehinggalah dia sampai di Masjid Negara itu, ambil mikrofon bersyarah… dia berada di luar negara, dia baru balik. Dia tak tahu pun hal-hal Baling.
Dia bersyarah.. lepas itu polis tembak gas, berterabur, polis tangkap..tangkap, dia balik. Dia tumpang saya. Saya bawa dia ke teksi sebab dia kena gas. Saya bawa masuk dia ke dalam teksi. Dia balik, petang dia pergi ke Brickfields, tiba-tiba dia kena tahan ISA kat situ. Itu sajalah.
Dato’ kena tahan ISA pun kerana kes itu ?
Saya kena tahan juga tapi tak kena tahan hari itu. Saya seminggu selepas itu, baru kena tahan.
Tapi, bila dia keluar, bila dia pergi bersyarah, dia kata dia memperjuangkan hal kemiskinan, hal isu Baling, seolah-olah dialah juaranya, nama orang lain seorang pun dia tak sebut. Di belakang tu siapa ?
Inilah opurtunis. Dia seorang saja claim credit, dia seoranglah saja hero, dialah warak, dialah hero, dialah bapak.. (ketawa) segala-galanya.
Hari ini saya express habis..saya express habis.
Bermakna Dato’ tengok perjuangan mahasiswa sekarang ini seperti Adam Adli menurunkan bendera di PWTC itu, benda yang kecil kalau berbanding dengan zaman Dato’ ?
Lain. Kita dulu, memang kita tunjuk perasaan. Pada waktu itu akhir tahun 70-an. Masa itu isu kemiskinan memang wujud. Negara kita tak semaju sekarang dan macam-macam masalah timbul pada waktu itu. Dan kita pun di ITM menuntut taraf universiti.
Jadi, pada waktu itu, kita mendokong idealisme mahasiswa di mana pada zaman saya dahulu, kita tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik. Tidak ini puak Pas, ini puak UMNO..tak ada dulu.
Ini, puak-puak pro-Solidariti, ini pro-Aspirasi..tak ada. Kita united. Tak ada dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.
Sekarang ini berbeza. Mereka sekarang ini sudah dipengaruhi oleh parti politik. Both take side.
Yang kedua pula, universiti sekarang tidak seperti dulu. Segala kemudahan pun dah ada, kemewahan. Kami dulu makan roti, ayam keras, makan tak cukup di ITM, panjat bukit tinggi. Jauh.. nak dibandingkan dulu, 30 tahun dulu..keselesaannya…
Jadi, sebab itu, saya kata keadaannya sudah berubah. Dan isu yang mereka (siswa sekarang) perjuangkan ini pula, isu yang remeh-temeh.
AUKU, perjuang hak AUKU. Sebelum ini tak ada apa-apa masalah berbangkit. Dulu AUKU dah pinda sekali, dua tahun lepas. Tak ada tunjuk perasaan apa-apa pun. Tiba-tiba bila kerajaan umum nak pinda AUKU, nak diizinkan pelajar-pelajar boleh masuk parti politik, buat bising pula. Tunggulah pindaan ini dulu. Kerajaan dah nak bagi dah. Jadi, mesti ada dalang di belakang ini.
Dan saya dapati gambar Adam ini… saya tengok gambar Adam Adli ini bersama dengan Anwar.. apa..muka pun jambu. ..Saya tahulah, kalau muka jambu ini… ada orang minat.
Bermakna, sekarang ini mahasiswa bukan bawa perjuangan idealisme tetapi dipengaruhi sentimen politik ?
Ya. memang dan tidak lagi legitimate isu itu. Betul AUKU, it’s a problem. Saya pun memang bercakap di Parlimen banyak kali. Dulu lagi saya bercakap supaya kerajaan pinda AUKU ini, bukan baru. Dan kerajaan pun dah nak pinda dah. Waktu kerajaan tak nak pinda dulu.. tak bising.
Bukan kerana faktor didesak?
Tak ada. Tak ada. Alah..budak ni..yang terlibat pun kalau tengok jumlah mahasiswa berapa ratus ribu sekarang ini, yang ambil bahagian pun 200 orang. Kita dulu puluh ribu.. beza..
So, saya nasihat dia orang ni, belajarlah. Kalau nak aktif, nak berjuang…berjuang… Lepas itu mereka ni pula, bila nak berjuang, marah kat ISA supaya ISA kena pinda. Marah kat AUKU.
Saya dulu tak kisah. Ada ISA ke, ada AUKU ke, saya nak bercakap saya bercakap, saya nak tunjuk perasaan saya tunjuk. Saya kena ISA saya tak komplen. Saya tidak kata pula ISA itu kena haram, tidak ada.
Because pada saya, bila ada ISA, bila ada AUKU, lagi ada challenge dari segi perjuangan, ada thrill.
Ini nak ISA diharamkan, nak AUKU dihapuskan baru nak berjuang. Ini.. apa benda ?. Ini bukan pejuang namanya. Kalau semua nak bebas, pergi duduk kat pulau, buat apa saja nak buat, mana ada thrill lagi…
Dalam Parlimen tempoh hari, Dato’ ada sebut bahawa Dato’ pernah mengkritik Anwar pada malam pemecatan dalam mesyuarat MT UMNO pada 3 September 1998. Dato’ kritik itu sebab nampak Anwar biadap ke ?
Ya..dalam mesyuarat MKT. Memang dia biadap. Bila Dr. Mahathir bercakap lebih kurang sejam lebih menceritakan Anwar ini dan kenapa dia pecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri, penuh ketenangan Dr. Mahathir bercakap. Dan kita khusyuk dengar, satu..satu.
Sudah itu, Dr. Mahathir bagi pula Anwar bercakap. Bagi… Dia (Dr Mahathir) boleh pecat Anwar terus tanpa mesyuarat. Dia boleh buat tanpa sebarang alasan bertulis.
Macam yang Pas lakukan pada Hasan Ali ?
Ha..pada Hasan Ali. Dia boleh buat. Tapi dia bagi Anwar bercakap. Macam Hasan Ali terus kena buang begitu saja. Ni Anwar boleh bercakap dalam Majlis Tertinggi.
Lebih sejam Anwar bercakap dengan penuh emosi. Tumbuk meja sampai dia sebut ayat, “Dalam Majlis Tertinggi ni siapa yang tak terlibat dengan…” …kononnya semua orang serupa dia, dia kait semua orang.
Terlibat dengan seks maksudnya?
Tak tahulah dia itu… seks ke apa ke. Dia tuduh orang serupa dialah.
So saya..lepas dia bercakap, tak ada siapa nak bercakap, saya start dulu. Masa itu saya lawanlah dia bercakap. Saya pun masa itu, masa nak pergi mesyuarat tu, hati saya tertanya-tanya lagi, macam mana Anwar ni… kawan. Walaupun dia tak suka saya, saya selalu tolong dia, bela dia, dia pun minta tolong.
Sebelum mesyuarat saya jumpa dia kat luar. Pegang bahu saya. So, saya masih lagi, minta kat Allah Taala, Ya Allah aku buka mulut ni, biarlah apa yang terbit dari mulut aku ni, perkara yang ikhlas keluar dari hati aku, yang sungguh-sungguh bukan nak bela Dr. Mahathir bukan nak benci Anwar… Minta Allah Taala keluar benda yang betul.
Memang saya bercakap dengan nada yang agak emosi, berterabur sikitlah. Tapi pokok pangkalnya saya lanyak dialah…
Lanyak dia ?
Ha, saya tak tahanlah. Kerana… perangai dia, tingkah laku dia, tutur kata dia dalam Majlis Tertinggi itu, memang hari itu itu jelas.. bukan Anwar Ibrahim yang saya kenal dulu.
Sebab itu saya pun kata, hati saya, keluar macam-macam, sebab ini bukan Anwar Ibrahim yang saya kenal dulu. Ini Anwar Ibrahim lain dah. Anwar Ibrahim dulu sudah “mati,” tak ada.
Anwar sendiri pada malam itu tak menjawab persoalan dengan spesifik ?
Tak ada..tak ada. Dia bersyarah macam dia bersyarah di mahkamah. Macam kes dia dengan Saiful. Dia masuk kandang tak angkat sumpah, orang tak boleh soal.
Kemudian Dato’ dilantik Timbalan Menteri masa zaman Dr. Mahathir selepas pemecatan Anwar. Pada ketika itu, ProGay Filipina menghentam Dato’ dan Dr. Mahathir kerana pemecatan Anwar. Rasanya isu ProGay yang sekarang ini dengan zaman Dato’ sudah berlaku pada zaman Dato’..
Lama dah.. memang daripada dulu lagi dia orang dok sokong Anwar. Saya tak tahulah puak-puak gay ni minat dekat Anwar, tak tahu sebab apa. Anwar saja yang tahu kenapa puak gay sokong dia. Kot-kot… tak tahulah…Nanti kalau kita sebut, orang kata kita kurang ajar pula.
Tapi, tak tahulah sebab kadang-kadang kalau orang pelik-pelik sokong kita, ada hal lah tu. Mesti ada hal tu…
Masa tu Dato’ Timbalan Menteri ?
Ya. Saya Timbalan Menteri.
Dato’ buat pada masa itu sangat berkesan untuk menyakinkan masyarakat bahawa pemecatan Anwar ini relevan..
Saya rasa saya tidak rasa kesal sikit pun dan apa yang saya bercakap hari ini pun saya bertangungjawab sepenuhnya. Kalau ada yang saya bohong, itu terserah pada Allah Taala.
Tapi, saya nak katakan di sini, dengan penuh ikhlas saya bongkar dan luah perasaan ini kerana saya tak tahan lagi. Dan saya take full the responsibility.
Kalau Allah Taala nak hukum, hukumlah. Apa saya cakap ini dapat pahala dari Allah Taala sebab saya cakap ini tiada yang benar melainkan benar belaka.