LAGU UNTUK BLOGGER

Saturday 28 May 2011

Malaysiakini ambil alih tugas Kerajaan?


Saya terpanggil untuk mengulas tentang berita yang berniat jahat yang disiarkan semalam oleh portal pembangkang, Malaysiakini.com, di sini, yang menyatakan bahawa kononnya tarif elekrik sudah dinaikkan oleh Kerajaan dan pengumumannya akan dibuat oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, pada satu sidang akhbar, jam 4 petang, Isnin ini. Pada saya, siaran akhbar seperti itu sangat berniat jahat dan tidak beretika untuk disiarkan sebagai bahan berita kepada rakyat.

Saya mengikuti dengan jelas mengenai isu ini dan menegaskan bahawa Kerajaan belum lagi membuat apa-apa keputusan mengenai kenaikan harga tarif elektrik tersebut. Pada satu sidang akhbar pada Khamis lepas, Peter Chin berkata bahawa harga tarif berkenaan akan diperbincangkan dan mungkin diputuskan pada satu mesyuarat oleh Jawatankuasa Penasihat Ekonomi Kebangsaan (National Economic Council), yang dijadualkan di Putrajaya, semalam (Jumaat).
Kemudian, selepas NEC bermesyuarat semalam, Peter Chin mengumumkan bahawa perkara tersebut masih belum selesai diperbincangkan dan masih perlu diperhalusi untuk mencapai satu keputusan. Peter Chin memaklumkan bahawa sekiranya keputusan mengenai isu itu dicapai, pihaknya akan mengadakan sidang media pada Isnin ini untuk memperjelaskan mengenainya. Itu fakta sebenarnya.
Dalam sidang media semalam, Kerajaan tidak pun mengumumkan bahawa tarif elektrik dinaikkan. Tidak ada kata muktamad dan masih lagi diperbincangkan serta diperhalusi. Dalam kata lain, tarif elektrik tidak pun dinaikkan. Tapi, memang sudah dasar media pembangkang yang sememangna suka menyebarkan berita bohong, tiba-tiba Malaysiakini menyiarkan berita bertajuk “Kerajaan meluluskan tarif elektrik”!
Jahat betul bunyinya! Bila masa Kerajaan luluskan? Memang benar Datuk Seri Najib yang pengerusikan mesyuarat itu, tapi tidak ada pun pengumuman dari pihaknya yang menyatakan bahawa Kerajaan meluluskan kenaikan tarif elektrik seperti yang dilapor oleh portal pemutar alam tersebut! Jelaslah Malaysiakini mendahului Kerajaan dalam hal ini.
Sikap mendahului kerajaan untuk memberitahu rakyat mengenai perkara sensitif seperti ini adalah sangat tidak beretika dalam dunia kewartawanan. Belum pun Kerajaan umumkan, mereka yang umumkan dulu? Siapa yang menjadi Kerajaan sebenarnya? Kerajaan BN atau Malaysiakini? Pada saya, niat sebenar sidang editorial Malaysiakini adalah untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap Kerajaan kepada sesuatu yang tidak pasti!
Sebenarnya, belum tahu lagi sama ada benar atau tidak tarif elektrik akan dinaikkan atau tidak. Tarif itu mungkin kekal dan mungkin juga dinaikkan, malah mungkin juga diturunkan! Tidak mustahil untuk diturunkan, bukan? Sekiranya Peter Chin mengumumkan bahawa kadar harga tarif elektrik diumumkan turun, apa kata Malaysiakini? Tentunya dia putar belit 360 darjah mengatakan bahawa Kerajaan “takut” pada desakan pembangkang! Itulah yang mereka “spin” sebelum ini mengenai spekulasi kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Tunggulah Isnin ini. Tak payahlah buat spekulasi mengenai perkara yang tidak pasti. Keputusan menaikkan, mengekalkan atau menurunkan harga minyak adalah terletak pada Kerajaan, bukan Malaysiakini. Tindakan portal pembangkang ini jelas tidak bertanggungjawab dan tidak beretika untuk disiarkan kepada rakyat. Apatah lagi berita itu akan mengganggu emosi rakyat yang bercuti di hujung minggu. Kita tunggu Isnin ini.

Seharusnya, pihak-pihak tertentu mengambil tindakan terhadap Malaysiakini yang menyiarkan berita beunsur fitnah seperti ini. Sewajarnya Khairy Jamaluddin mengumpulkan anak-anak buahnya yang bekelulusan Oxford itu untuk berdemo secara aman di depan pejabat Malaysiakini membantah berita-berita seperti ini. Bukan Utusan yang melaporkan berita palsu, tapi Malaysiakini lah yang sebegitu jahat menyiarkan pembohongan demi pembohongan kepada rakyat.
Harap jelas mengenai perkara ini. Wallahua’alam.
sumber:kitagempur

No comments:

Post a Comment