LAGU UNTUK BLOGGER

Tuesday 24 May 2011

13 barang kawalan harga sempena perayaan Pesta Kaamatan


TAMPARULI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menetapkan 13 jenis barang harga terkawal di bawah skim kawalan harga musim perayaan Pesta Kaamatan berkuat kuasa 25 hingga 31 Mei ini.


Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe, berkata peniaga perlu mempamerkan plat tanda berwarna merah jambu dan tidak menjual harga barangan kawalan melebihi harga siling yang ditetapkan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengumumkan penetapan harga maksimum borong dan runcit barangan harga terkawal sempena sambutan Pesta Kaamatan, di sini, hari ini.
Tan berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan itu.


Katanya, peniaga yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan kompaun sehingga RM250,000 bagi pertubuhan dan sehingga RM50,000 bagi perseorangan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan 2011. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment