LAGU UNTUK BLOGGER

Wednesday, 4 May 2011

Kabinet dirombak Jun: Pehin Sri CM


KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam mengekalkan barisan Kabinet sedia ada sementara rombakan sepenuhnya dibuat selepas persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang yang dijadualkan pada pertengahan Jun ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah menteri-menteri muda bertempat di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) baru dekat sini.
“Ini adalah barisan kabinet sementara sehingga rombakan (kabinet) dilakukan nanti,” katanya tanpa mengulas lanjut mengenai perkara itu.


Pada majlis yang 12 daripada 18 menteri muda mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan mereka kekal memegang portfolio lama sebelum Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 pada 16 April lalu.

Kesemua menteri muda yang mengangkat sumpah semalam juga merupakan penyandang yang berjaya mengekalkan kerusi masing-masing pada pilihan raya negeri lalu.

Barisan Menteri muda itu dianggotai Datuk Daud Abdul Rahman (Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri-Hal Ehwal Islam), John Sikie Tayai (Menteri Muda Daerah Luar Bandar), Mohd Naroden Majais (Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber), Datuk Francis Harden (Menteri Muda Kemajuan Tanah), Sylvester Entri (Menteri Muda Bekalan Air), Datuk Lee Kim Shin (Menteri Muda Sukan), Abdul Wahab Aziz (Menteri Muda Perumahan), Mong Dagang (Menteri Muda Pelancongan), Datuk Peter Nansian (Menteri Muda Alam Sekitar), Dr Stephen Rundi (Menteri Muda Kesihatan Awam) dan Datuk Talib Zulpilip (Menteri Muda Pelancongan).

Manakala empat lagi menteri muda sebelum ini iaitu Menteri Muda Industri Makanan, Datuk David Teng; Tan Joo Phoi (Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri); Datuk Dr Soon Choon Teck (Menteri Muda Perumahan) dan Datuk Peter Nyarok (Menteri Muda Pertanian) tidak dilantik semula kerana tewas pada pilihan raya negeri April lalu.
Sementara Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen (Menteri Muda Pembangunan Industri) dan Larry Sng (Menteri Muda Hal Ehwal Belia dan Latihan) tidak dicalonkan untuk mempertahankan kerusi masing-masing pada pilihan raya negeri yang sama.

Pada 18 April lalu, lapan menteri penuh mengangkat sumpah sebagai ahli kabinet, dua hari selepas Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat membentuk kera- jaan negeri dan mereka kekal memegang portfolio sebelum ini.

Mereka ialah Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu kekal sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Permodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Tujuh lagi menteri yang mengangkat sumpah pada hari sama ialah Dato Sri Dr James Masing (Menteri Kemajuan Tanah), Dato Sri William Mawan (Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi), Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah.
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan tidak dilantik semula berikutan ke-kalahan beliau di kerusi DUN Piasau.
source:borneo online

No comments:

Post a Comment