LAGU UNTUK BLOGGER

Thursday 14 July 2011

MoCS Mencabar Polis??



MoCS mencabar pihak berkuasa????Terang 2 dah pihak polis tidak membenarkan demo jalanan...Mengapa 

MoCS ini bertindak kurang ajar????

KUALA TERENGGANU 9 Julai – Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang negara dengan melakukan perhimpunan haram tidak akan terlepas daripada tindakan tegas pihak polis tanpa mengira sama ada mereka menentang atau menyokong kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika memberi peringatan itu berkata, tanggungjawab polis adalah menjaga keselamatan dan keamanan negara daripada ancaman pelbagai anasir yang boleh mencetuskan huru-hara dan mengganggu-gugat keharmonian negara.
Katanya, dalam sistem demokrasi berparlimen, kerajaan memberi ruang kepada mereka yang tidak bersetuju dengan kerajaan untuk melahirkan perasaan tidak puas hati dan mereka ada cara untuk melakukannya tanpa melakukan perhimpunan haram.

Beliau berkata, kerajaan telah mencadangkan pihak berkenaan mengadakan perhimpunan di stadium untuk mereka berhimpun dan membuat ucapan dengan aman serta mengemukakan tuntutan.
“Itu tawaran sangat baik yang disediakan oleh kerajaan. (Sekarang) kalau ada tindakan, dia kena hadapi sama ada dia sokong kerajaan atau menentang kerajaan,” katanya selepas menyampaikan hadiah Kejohanan Sukan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia di Stadium Negeri, di sini, hari ini.
Perdana Menteri diminta mengulas penahanan beberapa pemimpin kanan parti pembangkang yang menyertai perhimpunan haram Bersih di ibu negara, termasuk Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang menyertai perhimpunan kumpulan Patriot di Jalan Bukit Bintang.
Menurutnya, kerajaan tidak akan membiarkan perhimpunan haram diadakan oleh mana-mana pihak termasuk penyokong kerajaan atau pembangkang kerana ia tidak membawa kebaikan kepada negara dan rakyat.

“Kalau Bersih buat, pihak kerajaan pun buat, jadi di mana kesudahannya. Apa akan jadi pada negara kalau saban hari ada demonstrasi jalanan?
“Cara seperti ini akan menimbulkan keadaan huru-hara yang akan merosakkan ekonomi negara dan keyakinan orang luar kepada Malaysia. Apakah ini yang kita hendak?” soalnya.
Najib bersyukur kerana majoriti rakyat cintakan keamanan apabila tidak terikut-ikut dengan demonstrasi jalanan Bersih yang cuba membawa huru-hara dan mencemarkan imej negara.

Menurutnya, mereka yang selama ini menjadi ‘majoriti senyap’ sewajarnya bangkit bersuara dengan pelbagai cara untuk menunjukkan bahawa mereka mahu keharmonian dan ketenteraman negara tidak diganggu-gugat.
Beliau seterusnya mengucapkan tahniah kepada pasukan keselamatan khususnya polis yang telah bertindak untuk menyuraikan perhimpunan itu dengan sebaik-baiknya.
“Saya bersyukur kerana ia berakhir dengan keadaan yang tidak membawa kesan yang terlalu berat terutama kepada rakyat dari segi kerosakan harta-benda dan sebagainya,” ujar beliau.

No comments:

Post a Comment