LAGU UNTUK BLOGGER

Monday 25 July 2011


Bagi mata orang awam, kematian Teoh Beng Hock sangat mudah untuk dijustifikasikan. Teoh Beng Hock bunuh diri sebab nak lindungi majikannya. Dan majikannya sudah tentulah salah seorang pembesar DAP Selangor iaitu Ean Yong Hian Wah, ADUN Seri Kembangan. Manakala DAP yang bertungkus-lumus untuk menyatakan kematian Teoh Beng Hock adalah pembunuhan yang dilakukan oleh SPRM pula bertujuan untuk melindungi jenayah rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh parti tersebut di Seri Kembangan.

Seorang kontraktor, Lee Wye Wing ketika memberi keterangan berhubung program dan projek kecil bagi kawasan DUN Seri Kembangan gagal mengemukakan sebut harga untuk kelulusan, sekaligus mendedahkan tentang kelemahan dari segi prosedur membabitkan DAP dan Pakatan Rakyat yang mentadbir Selangor.

Wye Wing juga mengaku telah menggunakan nama-nama syarikat Bumiputera Kelas F untuk mendapatkan projek-projek kecil. Walaupun dia mengaku telah memenuhi setiap spesifikasi sesuatu projek, namun tiada sesiapa pun yang boleh mengesahkan sama ada barang dan perkhidmatan yang dibekalkan mengikut nilai yang dituntut.

Paling menarik ialah, tiada satu resit yang dikeluarkan oleh DAP untuk pembayaran balik wang yang didahulukan dan dikemukakan oleh saksi sepadan dengan jumlah wang pendahuluan tersebut.

Begitu juga dengan anak saudara Wye Wing yang bernama Lee Kee Hiong yang merupakan Pengurus Besar Ibu Pejabat DAP Malaysia dari tahun 2003 hingga 2008 turut mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan penyelewengan yang cuba dilindungi oleh Teoh Beng Hock. Kebanyakan projek kecil dan program di Seri Kembangan, diberikan kepada syarikat milik Wye Wing, WSK Services atau syarikat rakan bapa saudaranya, Hong Chae Enterprise berdasarkan rekod.

Suruhanjaya siasatan percaya, Wye Wing menguruskan kertas kerja, manakala Kee Hiong menjalankan tugas persediaan seperti mendapatkan pembekal, manakala Ean Yong Hian Wah akan memberikan idea untuk mewujudkan sesuatu program berdasarkan bajet.

Justeru, tidak hairanlah mengapa DAP bersungguh-sungguh untuk menimbulkan tanggapan bahawa Teoh Beng Hock telah dibunuh, bukannya membunuh diri. Seandainya fakta Teoh Beng Hock membunuh diri diterima pakai, bermakna penyelewengan dan rasuah Ean Yong Hian Wah ADUN Seri Kembangan juga perlu dirujuk. Sekaligus meletakkan DAP dalam bahaya yang teramat sangat!!!

Satu-satunya cara untuk mengelak daripada Ean Yong Hian Wah yang merupakan pembesar DAP di Selangor selain Exco Negeri dipersoalkan tentang rasuah serta penyelewengan tersebut adalah dengan menimbulkan cerita tentang Teoh Beng Hock dibunuh. Dan itulah juga sebabnya, mengapa laporan RCI tentang kematian Teoh Beng Hock, ditolak oleh ahli keluarga Teoh Beng Hock dan para pemimpin DAP, khususnya Lim Kit Siang!!!

No comments:

Post a Comment