LAGU UNTUK BLOGGER

Tuesday 26 July 2011

AMBIGA PROKSI BARAT DIUPAH UNTUK MENGHURU-HARAKAN MALAYSIA


Rakyat Malaysia, terutama orang Melayu diminta meneliti siapa sebenarnya Datuk  Ambiga Sreenevasan sebelum mengikut telunjuknya yang meminta rakyat supaya  mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini. Penganalisis politik  berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak-tanduk Ambiga yang  pernah menimbulkan kemarahan umat Islam, terutama orang Melayu di negara ini  sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya. Ambiga Sreenevasan adalah seorang wanita hindu dan lahir pada tahun 1958. Dia adalah seorang peguam dan pernah menjadi presiden majlis peguam dari tahun 2007 hingga 2010. Kini beliau pengerusi perhimpunan Bersih 2.0 yang akan merusuh di kuala lumpur pada 9 julai ini.
Itu latar belakang Ambiga, tapi tahu kah kita semua, beliau seorang yang anti Islam dan menyokong murtad di kalangan orang Islam, setiap kali dia kantoi dalam kerja-kerja memurtadkan orang islam, dia akan berselindung di sebalik perlembagaan persekutuan dan menggunakan berberapa akta dalam perlembagaan persekutuan untuk menghalalkan kerja-kerjanya. Di antara penglibatan beliau yang mencetuskan banyak kontoversi ialah :
  1. Bekas  Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima  memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos  2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan  IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan;
  2. Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga mempertikaikan pelaksanaan hukum  syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan  kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam; dan
  3. Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos  2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun  mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui Ambiga tetap  meneruskan forum itu.
Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuainya.
International Women of Courage Award
Pemilihan penerima anugerah oleh Amerika Syarikat berdasarkan kepada manipulasi ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara
Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan telah menerima Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa yang berprestij dari Hillary Clinton Setiausaha Negara Amerika Syarikat pada 9 Mac 2009. Ambiga adalah merupakan salah seorang di antara lapan wanita di seluruh dunia yang diiktiraf bagi keberanian yang luar biasa dan kepimpinan mereka dalam membela hak-hak wanita dan kemajuan. Dalam satu kenyataan, kedutaan Amerika Syarikat berkata Ambiga telah diberi penghormatan untuk memperjuangkan kedaulatan undang-undang dan memajukan hak asasi manusia, taraf wanita dan toleransi agama di Malaysia.
“Datuk Ambiga telah muncul sebagai suara yang kuat untuk toleransi dan keadilan, dan telah memberi kesan langsung kepada pembaharuan kehakiman di Malaysia, yang menyumbang kepada pengukuhan peranan wanita dalam masyarakat sivil,” kata kenyataan itu.
Anugerah ini diberikan sempena Hari Wanita Antarabangsa 2009. Penerima lain ialah Veronika Marchenko (Rusia), Mutabar Tadjibayeva (Uzbekistan), Hadjkjatou Mani (Niger), Reem Al-Numery (Yemen), Norma Cruz (Guatemala), Suaad Abbas Salm (Iraq) dan Wazhma Frogh (Afghanistan). Kalau dianalisa secara terperinci didapati semua penerima anugerah datangnya dari negara-negara yang bergolak dari aspek kedaulatan negara, kecelaruan sistem ekonomi, peperangan dan masalah kelbagaian agama.
Kita sedia maklum, Amerika Syarikat merupakan negara yang sering mengambil kesempatan (manipulasi) terhadap kegawatan ekonomi dan keamanan sesebuah negara. Oleh itu, tidak hairanlah jika bantuan kewangan dan teknikal disalurkan kepada NGO yang sealiran dengannya untuk menggugat keselamatan negara. Kini, para pentadbir di White House tidak perlu risau berapa ramai tentera mereka yang akan mati bertempur demi menukar sesebuah pemerintahan negara. Cuma apa yang mereka perlu sediakan ialah mendapatkan kerjasama daripada rakyat marhaein (tali barut) yang mudah disogok dengan harta, takhta dan wanita
Barisan penerima Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa 2009


Kebebasan Asasi
Susulan isu semasa mengenai perhimpunan atau demonstrasi, mungkin ramai pembaca yang  sudah merujuk dan menghayati peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai  kebebasan asasi. Peruntukan yang paling berkaitan ialah Perkara 10(1)(b)  yang menyatakan, ‘Tertakluk kepada Fasal (2), 3 dan (4), semua warga negara  berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata’. Fasal 2(b) menjelaskan  mengenai kuasa Parlimen untuk ‘…mengenakan ke atas hak yang diberikan oleh  perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam’.
Slogan Anti BERSIH
Kebebasan untuk berhimpun begitu penting di dalam amalan demokrasi. Atas dasar itulah ia dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, seperti kita lihat peruntukan di atas, kita tidak harus lupa bahawa peruntukan yang sama mengiktiraf kuasa Parlimen untuk mengenakan sekatan kepada kebebasan ini sekiranya difikirkan ‘perlu atau suai manfaat’ kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam.
Saya amat yakin mereka yang terdidik di dalam bidang undang-undang, terutama peguam memahami peruntukan ini – sama ada mengenai hak untuk berhimpun dan kuasa Parlimen untuk membuat sekatan yang ‘perlu dan suai manfaat’ kepada kepentingan keselamatan negara atau ketenteraman awam. Tetapi menerusi perbincangan dan pembacaan, saya agak sangsi sama ada mereka yang menyokong perhimpunan sebegini menghargai kuasa Parlimen dan juga maksud frasa keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya’ dan ‘ketenteraman awam’. Mungkin pada mereka, kebebasan untuk menyuarakan pendapat melalui perhimpunan tidak akan mengganggu keselamatan negara atau ketenteraman awam kerana mereka berjanji akan sentiasa patuh kepada undang-undang negara. Alangkah baiknya sekiranya ini benar.
Namun begitu, adakah janji seperti ini akan dapat meyakinkan pihak yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara? Ia agak mustahil. Pihak keselamatan tidak mungkin yakin dengan janji sebegini kerana perhimpunan sebegitu besar semestinya payah untuk dikawal. Cuba kita bayangkan sekiranya peserta perhimpunan ini yang mengawal keselamatan dan ketenteraman awam. Tidakkah mereka juga bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku?
Keselamatan Negara
Lautan manusia tidak mampu dikawal
Dari kacamata siapakah kepentingan keselamatan negara dan ketenteraman awam perlu ditentukan? Siapakah sebaik-baik pihak yang patut menentukan sama ada kebebasan berkumpul ini akan mengancam keselamatan atau ketenteraman awam ataupun tidak? Sejauh mana orang awam mengetahui mengenai tahap ancaman dan juga tahap keselamatan negara. Mungkin benar orang awam boleh mengagak dan membuat andaian, tetapi mungkin tidak begitu tepat seperti mereka yang ahli. Sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal kerana perasaan fanatik peserta perhimpunan, saya percaya mereka akan menuding jari kepada pihak keselamatan negara. Sekiranya ini berlaku mungkin orang lain, terutama pihak keselamatan pula akan disalahkan. Mungkin perlu juga kita ketahui maksud dua frasa penting yang berkaitan. Apa maksud ‘keselamatan Persekutuan’ dan ‘ketenteraman awam’? Ini penting untuk difahami. Ia membolehkan kita membuat analisis mengenai maksud yang ingin dicapai oleh undang-undang ketika meletakkan sekatan ke atas kebebasan berhimpun.
Apa perlunya senjata disediakan dalam BERSIH, jika ia hanya bertujuan untuk provokasi
Secara umumnya kedua-dua frasa ini amat berkait rapat walaupun kita dapati tiada tafsiran undang-undang yang khusus mengenainya. Frasa ‘keselamatan negara’ menunjukkan keperluan untuk menjaga negara daripada ancaman aktiviti subversif (Black’s Law Dictionary, 1999, hlm. 821). Ketenteraman awam pula merujuk kepada keteraturan sistem kehidupan di kalangan khalayak awam untuk kebaikan mereka (Long et. al (1976) 2MLJ 133, hlm. 136). Ia mempunyai maksud yang sama dengan keselamatan awam (re Tan Boon Liat [1976] 2 MLJ 82, hlm.86).
Kekacauan kepada ketenteraman awam adalah berbeza daripada perbuatan melanggar undang-undang. Perbuatan melanggar undang-undang hanya membabitkan individu atau beberapa individu saja. Sekiranya perhimpunan dilakukan tanpa permit, ia adalah melanggar undang-undang. Tetapi, ia berbeza dengan perbuatan yang mengganggu ketenteraman awam yang bermaksud perbuatan yang menjadikan persekitaran atau patologi tidak selamat di kalangan orang awam.
Sistem Perundangan
Ujian perundangan untuk menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu hanya perlakuan melanggar undang-undang atau ia menjejaskan ketenteraman awam ialah, adakah perlakuan itu menyebabkan rasa tidak selamat orang awam atau kumpulan masyarakat yang berada di suatu tempat; atau adakah ia hanya membabitkan individu tertentu saja tanpa menjejaskan kestabilan atau ketenteraman awam. Sekiranya perlakuan itu hanya mengganggu seorang atau beberapa individu saja, ia hanyalah perbuatan melanggar undang-undang. Sekiranya ahli masyarakat tidak dapat menjalankan aktiviti atau rutin harian, maka perbuatan itu adalah gangguan kepada ketenteraman awam. Oleh itu maksud keadaan yang menjejaskan ketenterama awam ialah ia mengganggu aktiviti atau rutin harian ahli masyarakat.
Berdasarkan tafsiran undang-undang itu, bukankah perhimpunan seperti dirancang itu adalah ancaman kepada keselamatan negara dan keselamatan awam? Adakah mereka yang menyertai perhimpunan mementingkan diri tanpa menghiraukan hak orang lain dalam sistem demokrasi? Bukankah mencegah itu lebih baik? 

No comments:

Post a Comment