LAGU UNTUK BLOGGER

Sunday 1 January 2012

SMM menimbulkan provokasi

Nampaknya, kumpulan siswa yang menjadi tunggangan parti pembangkang masih mahu berdegil dan sengaja menimbulkan provokasi terbaru. Manakala kecederaan seorang siswa adalah disebabkan melanggar cermin sebuah klinik milik rakan MiM!

Police brutality yang didakwa oleh sesetengah pihak seperti Nurul Izzah atau parti pembangkang hanya merupakan topik untuk mencari kesalahan pihak berkuasa dan kerajaan BN. Padahal, sesiapa pun mesti menerima sebarangan implikasi daripada kebengongan mereka melanggar undang-undang.
Rakan blogger Double Y melaporkan :

Satu sms dihantar kepada saya sebentar tadi oleh seorang mahasiswa UPSI yang mengatakan bahawa sekumpulan pelajar mula berkumpul semula di hadapan Klinik Syifa. Adam Adli dan rakan-rakannya berkumpul selepas sahaja dibebaskan dari tahanan polis.

Berikut sms yang dihantar :
"Salam. Demi Alif Ba Ta. Diaorg dh berkumpul smula dpn klinik syifa. Adam baru dilepaskan dari balai slim river. Jom kumpulkn bdk2 kita. Sebarkan n halau petualang ini."
Saya melihat perkara ini semakin serius, jika gagal dihalang ianya bakal mengundang kepada pertembungan dua kuasa mahasiswa. PDRM sila bertindak! seterusnya
Malah, tindakan Adam Adli serta perusuh keldaian parti pembangkang itu sebenarnya bertindak kurang ajar serta biadap dan sengaja mencari gaduh. Mereka sebenarnya sengaja mahu ditahan dan bertindak agresif!

Segala pembohongan siswa Adam Adli & the gang itu dibongkar oleh Facebooker di bawah :


Norhidayah Harun iaitu Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar di UPSI di dalam laman facebooknya menyangkal dakwaan kumpulan SMM bahawa polis bertindak kejam ke atas mereka.

Menurut Norhidayah, amaran telah diberikan oleh pihak polis. Sebaliknya kumpulan Adam Adli & SMM ini bertindak mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota FRU serta bertindak memanjat pagar dan merempuh sebuah klinik.

- http://novandri.blogspot.com/2012/01/laporan-lengkap-yang-sebenarnya-berlaku.html

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment