LAGU UNTUK BLOGGER

Friday 20 April 2012

Parti Pekerja Sarawak bebas letak calon

KUCHING, 20 April - Parti Pekerja Sarawak (SWP), yang pendaftarannya baru diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri menjelang pilihan raya umum ke-13, bebas untuk meletakkan calon mereka di kawasan pilihan raya parlimen, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak itu, yang kelihatan bersahaja, berkata kewujudan sebuah lagi parti politik adalah sebahagian daripada senario parti politik di Sarawak, dengan rakyatnya mendukung demokrasi.

"Satu lagi parti muncul apa salahnya. Mereka (SWP) bebas untuk ditubuhkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kelab Lions Pelbagai Daerah kali ke-50 di sini pada Jumaat yang dihadiri oleh 1,700 delegasi dari Malaysia, Australia, Singapura dan Brunei.

Laporan menyebut bahawa SWP, yang pendaftarannya diluluskan dua hari lepas, masih belum memutuskan mengenai sekutunya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketika diminta mengulas kenyataan presiden penaja SWP Dr Ong Lark Sai bahawa parti itu akan mesra BN namun mungkin menimbang kemungkinan memberi tentangan kepada BN, terutamanya bagi enam kerusi yang disandang oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS), Taib berkata: "Terserahlah kepada rakyat." - BERNAMA

 

]

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment