LAGU UNTUK BLOGGER

Sunday, 27 November 2011

PANAS!!!! SKANDAL KHAIRUL FAHMI CHE WAN....


Sedang tajinet78 sedih dengan kekalahan Malaysia..terbaca pula  kat laman bloq member cerita penjaga Malaysia ini...Fuhhh panas juga yea...ikuti story ini....
OLEH;SEJARAHMELAYU....
Tak habis-habis kisah panas  tentang Apek , penjaga gol sepak negara dengan perempuan . Aksi beliau  tangkas di padang bola bak seorang wira , tapi GPB hairan di luar pulak diselubungi  ceritanya dengan gadis . 
Ikut cerita panas tentang apek ini di bawah ini : 
 Setelah pulang terjulang sebagai wira negara membantu skuad Harimau Muda membaham Garuda di bumi sendiri, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex terus menjadi buruan gadis, tidak terkecuali yang seorang artis baru, Shida Harmi.
Dalam perkembangan terbaru penjaga gawang gol Harimau Muda ini, blog hiburan terkenal tanahair, Rotikaya.com menyiarkan beberapa keping gambar yang menunjukkan keintiman antara Apex dan Shida Harmi yang dikirim oleh seseorang yang dipercayai rakan rapat artis itu atau Shida Harmi sendiri.
“Kami amat pasti penghantar e-mail yang kami (dan beberapa rakan media lain) terima ini merupakan kenalan rapat atau mungkin Shida Harmi sendiri,” kata pemilik laman web tersebut.
Menghangatkan lagi kontroversi, Rotikaya.com juga menyiarkan dua paparan ‘screenshot’ Blackberry Messenger (BBM) yang dirujuk kepada perbualan antara Apex dan Shida Harmi di mana terkandung unsur pertengkaran dan ugutan.

Dalam perbualan di BBM tersebut, Shida seolah-olah cuba mengugut Apex untuk mendedahkan kepada umum kononnya mereka pernah tidur bersama.
“Klu I nk sebar kan dri dlu lah cik fahmiiiii.. Pk la skik.. Sb kan u dh wat palat gini, kutuk2 I sume, Cite psl u? Cite psl pe? Bukan I cite btul ke? Yg u cakap I dok meroyan tergile2 kan u nape?  U nak i tunjuk bukti yg pena tdo dgn u? I got all d prove..dun u eva play wit me,” kata Shida, merujuk kepada BBM tersebut.
Blog hiburan itu juga percayai bahawa gambar dan perbualan BBM antara Apex – Shida Harmi itu berlaku pada sekitar Ogos 2011, ketika kisah tentang pertunangan Apex dan bekas tunangnya, Elia, sedang sebok diperkatakan ramai.
Khairul Fahmi putus tunang dengan Elia dan kemudiannya digosipkan menjalin hubungan mesra dengan seorang artis, Dahlia Teck, selain dikaitkan dengan watak sampingan, Shida Harmi.
Apex juga telah dilanda kontroversi apabila pihak tertentu telah mengirimkan beberapa keping gambar beliau dan beberapa gadis-gadis seksi ketika menyambut hari lahir Dahlia Teck di sebuah restoran eksklusif di Bukit Bintang di sini sejurus sebelum berlepas ke Jakarta bagi menghadapi kejohanan Sukan Sea di Jakarta.
Berikut adalah beberapa keping gambar Apex dan Shida Harmi yang tersiar di laman blog Rotikaya.com hari ini.

sumber : myNewsHub 

No comments:

Post a Comment

Post a Comment