Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja berkuatkuasa 13 Dis 2011 untuk tempoh lima tahun.
Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah dan menaiki takhta pada 14 Julai, 1958. Baginda lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.
Ini adalah kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama pada 21 Sept 1970 hingga 20 Sept 1975.
Pada masa pemerintahan baginda, berlaku pertukaran kali pertama ketua kerajaan, iaitu apabila Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang juga ayahanda saudara baginda telah memyerahkankan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak.
Sultan yang sama, Yang di-Pertuan Agong yang sama, tetapi dengan Raja Permaisuri Agong yang berbeza , Sultanah Tuanku Haminah Hamidun.
P1 Cuma RM19 Sebulan! 1Mbps, 2GB, Modem Percuma, Tiada Kontrak.
Tuanku Sultanah Haminah binti Hamidun, orang kebanyakan dari Perak dilahirkan pada 15 Julai 1953. Baginda mendirikan rumahtangga bersama Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim pada 25 Disember 1975.
Pada 9 Januari 2004 . baginda telah ditabalkan sebagai Tuanku Sultanah Kedah selepas kemangkatan al-Marhumah Tuanku Sultanah Hajjah Bahiyah pada 2003.
Daulat Tuanku.
No comments:
Post a Comment