LAGU UNTUK BLOGGER

Saturday 17 December 2011

Panas!perang dalam umno?

Terkejut menonton berita Astro Awani yang menyiarkan berita mengenai beberapa penyokong DS Shahrizat Jalil "menyerang" pusat khidmat UMNO Bahagian Cheras. Ini berikutan kenyataan keras daripada Ketua Bahagiannya, Datuk Wira Syed Ali Al Habshie, yang menyatakan bahawa UMNO tidak perlu memikul "biawak hidup" dalam isu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). CTS merasa amat terkilan dengan kelakuan sesetengah pengikut DS Shahrizat itu. Bagi CTS, setiap orang berhak menyatakan pandangan masing-masing. Kita tidak boleh memaksa setiap orang di dalam UMNO untuk menurut kesemua pendapat kita. Selain daripada DW Syed Ali, Datuk Bung Mokhtar dan Datuk Ghapur Salleh turut menyatakan pendapat yang sama iaitu DS Sharizat Jalil sepatutnya meletak jawatan dan tidak bertanding di dalam PRU13.

CTS berpendapat DS Shahrizat tidak perlu meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO. Biarlah perwakilan membuat keputusan mengenai nasibnya di kemudian hari. Cumanya, DS Shahrizat tidak perlu membebankan UMNO dengan masalah keluarganya. Sayangilah UMNO yang telah banyak berjasa kepada keluarganya dan jangan menghancurkan parti keramat ini semata-mata untuk terus berkuasa. Penyokong-penyokong DS Shahrizat sama ada yang ikhlas ataupun "yang berbayar", seharusnya lebih rasional. Kita berada di dalam parti UMNO, satu parti yang rasional tingkah laku. Kenapa perlu bersifat kurang ajar, samseng dan gedebe semata-mata berlaku berselisihan faham dan berbeza pendapat di antara satu sama lain di dalam parti. Tidak perlu mewujudkan budaya negatif seperti di dalam parti P"Gay"R dan DAP seperti memaki hamun dan membaling kerusi sekiranya tidak bersependapat.

DS Shahrizat harus ingat, jawatan Menteri yang disandangnya bukan atas kehendak Rakyat. Rakyat telah menolaknya di dalam PRU12 dengan mengambil YB Nurul Izzah sebagai Wakil Rakyat mereka. Janganlah menetang kehendak takdir. Jawatan Menteri yang disandangnya diperolehi melalui "pintu belakang" atas tiket Ketua Wanita UMNO. Jalan terbaik buat DS Shahrizat, berilah peluang kepada muka baru untuk bertanding di dalam PRU13. Janganlah membebankan DS Najib Tun Razak di dalam membuat keputusan pemilihan calon. DS Shahrizat bukan seorang "winnable candidate" pada pandangan CTS. Undurlah secara terhormat. Ingatlah semua itu mungkin sudah tertulis di dalam qada dan qadar Allah.


posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment