LAGU UNTUK BLOGGER

Tuesday, 27 December 2011

TPM nafi menerima surat letak jawatan DS Shahrizat.

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya menerima Surat Perletakan Jawatan daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau mengulangi kenyataan tersebut buat kali kedua setelah diasak beberapa wartawan berkenaan isu tersebut.

Isu perletakan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia itu menjadi satu spekulasi dalam dunia politik setelah pihak SPRM bertindak menyerbu Pejabat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) di Solaris, Mont Kiara pada Jumaat lalu.

Muhyiddin yang turut didakwa Pembangkang terlibat dalam meluluskan peruntukan Kerajaan terhadap syarikat itu meminta wartawan tidak lagi membuat sebarang andaian dan menyerahkan siasatan dilakukan untuk tindakan selanjutnya.

Shahrizat sebelum ini menjelaskan wang peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan kepada syarikat suaminya itu adalah berbentuk pinjaman dan ianya dibayar dalam satu tempoh yang ditetapkan,
-kl pos.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment