LAGU UNTUK BLOGGER

Monday, 19 December 2011

Motif Anwar timbul isu bank dunia.

ANWAR seperti yang kita tahu sedang menghitung hari untuk ke penjara, tak berapa lama saja lagi tu, kurang 3 minggu dari sekarang.  Mungkin sekarang sedang bersiap memasukkan baju ke dalam beg yang besar, maklum silap-silap akan menghabiskan usia di balik tembok batu di Sungai Buloh.
Tapi dalam kesibukan itu, Anwar sempat juga menuduh Tun Mahathir pernah menulis surat memohon bantuan kepada Bank Dunia untuk menyelesaikan masalah kegawatan ekonomi yang dihadapi Malaysia pada tahun-tahun berkenaan.  Sebagai balasan, Mahathir minta pula Anwar menunjukkan surat yang konon ditulisnya itu.
Penulis tak minat nak cerita soal pinjaman itu sama ada wujud atau tidak, apatah lagi soal surat yang Mahathir minta Anwar menunjukkan.  Ini kita cakap soal Anwar, bapak penipu tu, toksah kata 8 dari 10 yang betul atau 6 daripada 7 yang salah.  Dengan Anwar, belum pun bukak mulut penulis dah tau Anwar menipu.
Begitulah hebatnya Anwar bab membelit.  Sebab itu bila Mahathir mintak surat, Anwar suruh macainya tunjuk screenshot web bank dunia yang tak langsung membuktikan apa-apa berkaitan tuduhan utamanya ‘Mahathir tulis surat pada bank dunia minta pinjaman untuk selesaikan kegawatan eknomi’.
Mahathir mintak surat, dia bagi screenshot, eloklah tu.  Yang macai, daripada bodoh, menjadi bertambah bodoh.
Sebaliknya pula, dengan menunjukkan screenshot tersebut, bukan sahaja tuduhan tak terjawab, malah membuktikan satu perkara, Malaysia dah tak banyak hutang dengan bank dunia, daripada banyak yang pernah buat, semuanya telah diselesaikan, hanya satu yang aktif.
Bak kata pepatah, ibarat senjata makan tuan.
Cuma yang penulis tertanya-tanya dan nak berkongsi maklum balas dari pembaca ialah kenapa baru sekarang iaitu kurang 3 minggu daripada kembali menghuni sel lama di Sungai Buloh, Anwar membangkitkan isu Mahathir pernah menulis surat memohon pinjaman kepada bank dunia?  Apa motif, apa tujuan?
Anwar ada banyak masa dari tahun 2004 (tahun dibebaskan) untuk membuat pendedahan ini yang mana lebih menguntungkannya dari segi milleage p0litik dibanding bila pendedahan dibuat sekarang.  Apatah lagi bila Mahathir dah label Anwar sebagai pak turut bank dunia dan IMF dari 1998!!
Itu yang menimbulkan kemusykilan kepada penulis, kenapa baru sekarang?
Lagipun sepanjang pengetahuan penulislah, tak pernah rasanya Anwar atau agen-agennya menyebut tentang hal ini sepanjang masa dia dipenjarakan pun.  Tuduhan yang mengatakan Anwar sebagai ejen IMF dan Bank Dunia yang berniat menceburkan Malaysia ke lembah hutang berpanjangan, adalah satu hakikat yang sudah jadi fakta yang tak boleh disangkal!!
Cerita dengan orang Malaysia pun, orang dah tak percaya dah.
Penulis tidak dapat memastikan apa sebenarnya motif Anwar, sepanjang malam penulis memikirkannya tapi tak jawapan.  Jawapan paling logik yang penulis boleh fikirkan ialah dia cuba menipu para diplomat asing dimana tuduhan itu dibuat sebagai senjata terakhir sebelum mendaftar diri di Bamboo River (Sg Buluh).
Ataupun cuba mengelirukan generasi muda sekarang yang tidak terdedah dengan peristiwa 1998 dimana yang dikatakan Mahathir meminjam dari Bank Dunia untuk menyelesaikan masalah kegawatan ekonomi itu.
Share this:
sumber:mykmu.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment