Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengheret rakyat dalam kempen Bebaskan Anwar 901 jelas membuktikan Ketua Pembangkang itu memperlekehkan keluhuran sistem perundangan negara.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, rakyat juga dipergunakan Anwar demi kepentingannya dalam berhadapan dengan keputusan perbicaraan kes liwat pada 9 Januari ini.
"Kenapa nak bawa rakyat? Kita tak tahu (Anwar) bersalah atau tidak. Serahkan kepada mahkamah. Selepas keputusan, kalau bersalah pun dia (Anwar) ada ruang buat rayuan.
"Beri peluang mahkamah buat keputusan. Kita sendiri boleh baca (menilai) sama ada keputusan itu logik atau tidak, tetapi mengapa nak huru-harakan negara? Mengapa nak menyusahkan rakyat seperti apa yang berlaku semasa perhimpunan Bersih 2.0?
"Selama ini dia macam-macam menghina mahkamah. Itu pun dia dapat kebebasan seolah-olah dia manusia bersih dan tiada salah. Kalau (masalah) timpa atas dia, orang lain yang salah dan tuduh ini konspirasi," katanya pada sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini hari ini.
Ibrahim berkata, kerajaan dan pihak berkuasa perlu menggunakan segala 'kekuatan' yang ada bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku dalam perhimpunan terbabit.
"Kita juga mengutuk mana-mana pihak yang merancang mengadakan perhimpunan pada 9 Januari ini yang lebih dilihat untuk menghuru-harakan negara," jelasnya. UM
**Apa yang dikatakan oleh Ibrahim Ali ada kebenarannya..mengapa Anwar perlu menyusahkan rakyat dengan masalah peribadinya?? Adakah dengan menggunakan taktik mengugut kerajaan kononnya rakyat akan berkumpul di mahkamah bagi membela nasibnya akan mengubah keputusan yang dibuat oleh hakim?
-empaya pemuda.

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment