Gejala murtad kini turut menular di kalangan umat Islam negeri Perak apabila 43 permohon keluar dari agama Islam direkodkan oleh Mahkamah Syariah sehingga November lalu.
Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim ketika mendedahkan perkara itu berkata, permohonan dibuat oleh mereka yang sebahagian besarnya adalah golongan mualaf yang ingin kembali kepada agama asal masing-masing.
“Permohonan juga diterima daripada mereka yang mempunyai nama Melayu dan anak kepada Melayu tetapi dibesarkan oleh keluarga bukan Islam.
“Selain itu, kita juga memberi kaunseling dan dakwah kepada 52 umat Islam bagi menjalani proses pemulihan akidah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP),” katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah (HIMPUN) di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar, Sabtu.
Tegas Zamri lagi, isu murtad bukan masalah individu sebaliknya ummah kerana ia menunjukkan seolah-olah Islam itu tidak cantik dan tidak baik.
Sementara itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman ketika menyampaikan ucapannya pada majlis itu, berkata akhir-akhir ini, pelbagai isu yang mencabar kedudukan dan akidah umat Islam dibangkitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya, ancaman atau gerakan menukar status dan kedudukan Islam di negara ini tidak boleh dilihat sebagai kes terpencil kerana ia merupakan satu perancangan rapi yang begitu licik.
“Gerakan ini mahu mengubah peribadi dan jati diri kita serta menghapuskan ciri-ciri Islam untuk menjadikan Malaysia sebagai negara bukan Islam.
“Bagi menentang ancaman ini, umat Islam perlu bersatu-padu dan membangkitkan suara majoriti dan tidak berkompromi dalam perkara yang membabitkan soal akidah dan kedudukan Islam,” katanya lagi.
Yang Dipertua Yayasan SOFA, Dr Yusri Mohamad, berkata perbuatan menukar agama bukan sahaja menggadai dunia tetapi juga akhirat yang kekal abadi.
Justeru, HIMPUN katanya, dianjurkan untuk mengajak umat Islam supaya memperjuangkan isu memurtadkan akidah yang semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
“Bagi penganut agama lain, HIMPUN ini tidak seharusnya dipandang negatif atau dicurigai sebagai mendatangkan masalah baru kerana mereka juga diberi kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing,” ulasnya.
Selain itu, media massa juga katanya, tidak memberi laporan sebenar mengenai jumlah kehadiran umat Islam pada HIMPUN pertama di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober lalu.
“Media tempatan melaporkan hanya 5,000 umat Islam yang hadir sedangkan data yang diperolehi menunjukkan kehadiran sebenar adalah sekitar 20,000 orang,” katanya.
About the Author
]

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment