LAGU UNTUK BLOGGER

Thursday 12 July 2012

Dicerai gara-gara hadir ceramah

Dek kerana hadir ke sebuah Majlis yang turut disertai Dr. Hasan Ali, wanita ini telah diceraikan suaminya.

Ini yang berlaku pada wanita yang menggelar dirinya Cik Yah yang telah diceraikan suami beliau yang ekstrim menyokong PAS. Namun apa yang pasti, insiden sebegini jelas disebabkan tindakan Pimpinan Pakatan terutamanya PAS dan PKR menanam rasa benci terhadap mana2 individu yang menyokong perjuangan selain dari 2 parti ini.

Kesannya bukan sahaja berlakunya perpecahan ummah. Akan tetapi turut mengheret perpecahan keluarga terutamanya pasangan suami isteri. Apa yang lebih memalukan, pasangan ini telah berkahwin lebih dari 10 tahun.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu kerana mengkritik parti secara terbuka.

Menurut Cik Yah, selepas beliau memaklumkan perkara itu kepada suaminya, suaminya mula mempertikaikan tindakannya turut berada di majlis yang sama.

Pergaduhan bermula di situ dan akhirnya, suami beliau bernama Awang memfailkan penceraian di mahkamah pada 24 Jun lalu.
Cik Yah mendakwa beliau tidak pernah menghalang Awang menyertai mana-mana ceramah politik dan kecewa kerana suaminya pula mengugutnya hanya kerana beliau menghadiri satu ceramah yang dihadiri bekas pemimpin Pas.

Katanya, beliau sudah banyak kali berjumpa dengan imam di kawasan itu mengenai pertelingkahan dengan suaminya dan mendapatkan nasihat bagaimana hendak menyelamatkan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, katanya, perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan kerana suaminya terus mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan membuat keputusan untuk failkan cerai di Mahkamah Syariah.

Cik Yah mendakwa sikap bekas suaminya ini berubah menjadi terlalu sensitif dan panas baran apabila berhadapan dengan perkara berkaitan politik selepas sering menghadiri ceramah politik, yang diadakan setiap hujung minggu, di beberapa tempat di kawasan kediaman
mereka.

Beliau syak Awang dihasut rakan-rakan yang berjaya membawa ahli keluarga masing-masing menyokong Pas, sehingga Awang berasa tercabar dan mengambil tindakan menceraikannya kerana perbezaan fahaman politik.

“Sebelum memfailkan cerai, bekas suami saya berkata dia tidak mahu lagi tinggal di rumah bersama saya, tetapi mahu berpindah ke rumah anak-anaknya, yang terletak hampir satu kilometer daripada rumah kami.

“Tindakannya itu menguatkan lagi telahan saya bahawa dia sudah tidak sayangkan saya lagi, sebaliknya mengutamakan politik daripada isteri sendiri,” katanya.

Insiden ini telahpun dilaporkan menerusi Akhbar Sinar Harian kelmarin.



sumber: http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2012/07/bodoh-ekstrimis-pas-cerai-isteri-talak.html

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment