LAGU UNTUK BLOGGER

Saturday 26 March 2011

SENGGARA KERETA KERAJAAN PKR...

KUALA LUMPUR 25 Mac - Selepas dilaporkan mengalami defisit RM7.41 juta, tindakan Yayasan Selangor membelanjakan RM6 juta hanya untuk menyelenggara sembilan buah bas dan enam kereta miliknya bagi tempoh 11 bulan menimbulkan tanda tanya.
Menurut blog Selangor Daily.Com, perbelanjaan itu bagi tujuan menukar alat ganti, menyelenggara dan membaiki kenderaan milik organisasi itu bermula Januari hingga November tahun lalu.
Kata blog itu, melalui laporan audit dalaman yang dilakukan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini dan disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan, didapati pada November sahaja, sebanyak RM1.5 juta dibelanjakan oleh yayasan itu untuk tujuan tersebut.
"Adalah sangat-sangat tidak logik RM6 juta dibelanja untuk tujuan itu. Lebih baik jual semua kenderaan lama dan kemudian beli kenderaan baru jika sebanyak itu perlu dibelanja untuk membaiki kenderaan sedia ada," kata blog tersebut.
Sementara itu, penulis blog Ruangbicarafaisal pula mendedahkan, Yayasan Selangor secara puratanya membelanjakan sekurang-kurang RM36,000 sebulan bagi menyelenggara sebuah kenderaan miliknya.
Justeru dia menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melihat perkara itu dengan serius dan mengambil tindakan terhadap penyelewengan yang berlaku di dalam Yayasan Selangor.
from utusanonline....

No comments:

Post a Comment