LAGU UNTUK BLOGGER

Monday, 4 July 2011

Teresa Kok Tertelan Gigi, Guan Eng Gigil Lutut!


DAP kononnya selepas 13 Mei 1969 sangat berhati-hati dengan perhimpunan haram, demonstrasi serta perarakan. Itu kata pencacai Pakatan Rakyat dan penjilat DAP yang cuba menafikan tindak tanduk para pemimpin DAP yang tidak pernah serik dengan apa yang telah mereka lakukan pada 13 Mei 1969.
Bohong besarlah para pencacai berkenaan dengan menafikan DAP sebagai pencetus segala kekacauan di negara ini. Walaupun dari beberapa perkara, DAP cuba menampilkan peranan mereka sebagai pengimbang kepada kerajaan menerusi taktik pembangkang, tetapi dalam kebanyakan masa dan kebanyakan ruang, DAP tidak pernah meninggalkan sikap chauvinist mereka dan sentiasa berusaha untuk menghapuskan Melayu serta Islam di negara ini.

BERSIH 2.0 adalah didalangi oleh DAP sungguhpun ramai yang beranggapan gerakan subversif tersebut didalangi oleh PKR yang cuba menyelamatkan Anwar Ibrahim. Dalam hal ini, DAP biasanya ‘mengalah’ dan kurang membuat pengakuan seandainya apa-apa yang berlaku akan memberikan tempias buruk kepada mereka. DAP tidak seperti PAS dan PKR yang akan cuba mengambil nama bagi mewujudkan persepsi. Sebaliknya DAP hanya akan mengambil nama yang boleh memberikan tanggapan positif kepada mereka seperti mana yang dilakukan oleh Teresa Kok dan Lim Guan Eng yang sentiasa berbangga dengan kehadiran FDI dan pelaburan tinggi di Selangor dan Pulau Pinang, sungguhpun secara dasarnya DAP tidak melakukan apa-apa untuk meningkatkan FDI dan pelaburan di negeri-negeri berkenaan!
DAP adalah tok dalang dalam semua masalah di negara ini!

Siapa yang paling takut sekiranya PAS dan UMNO bersatu? PKR terlalu sibuk memikirkan tentang nasib yang menimpa Ketua Umum mereka yang sehingga kini masih sukar mencari jalan untuk menyelamatkan punggungnya daripada skandal yang diciptanya. PAS pula lebih sibuk mengatur orang-orang mereka untuk mendapatkan kerusi lebih banyak.
DAP yang bergerak di sekitar bandar cuba menggunakan segala kesempatan untuk merenggangkan antara PAS dan UMNO. DAP akan menjadi kelam-kabut. Dengan menggunakan orang-orang mereka di dalam PAS seperti Mat Sabu dan Khalid Samad, DAP berjaya memastikan UMNO dan PAS tidak berpadu mahupun bekerjasama dalam bentuk kerajaan-pembangkang!

Dalam BERSIH 2.0, DAP telah berjaya menggunakan PAS sepenuhnya. PAS berjaya dipujuk agar menghadirkan seramai mungkin ahli-ahli mereka ke tengah-tengah Kuala Lumpur tetapi bukan di kawasan yang merupakan nadi perniagaan kaum Cina di ibu kota seperti Bukit Bintang mahupun Petaling Street. DAP hanya mahukan PAS menggerakkan ahli-ahlinya di hadapan Masjid Jamek Kampung Bharu, hadapan Sogo dan Dataran Merdeka.
Dengan menggunakan helah DAP adalah parti majoriti Cina manakala PAS adalah parti majoriti Melayu, DAP sebenarnya sedang memainkan kebijaksanaan para pemimpin dan ahli-ahli PAS. Sebenarnya apa yang berlaku ialah DAP menguasai PAS sepenuhnya. Sepanjang permuafakatan PAS dengan DAP secara rasmi dalam Pakatan Rakyat, belum pernah PAS dilihat membuat keputusan sendiri sebaliknya perlu melalui kebenaran DAP.
Tindakan tegas pihak polis dalam menangani BERSIH 2.0 dilihat telah mengancingkan gigi para pemimpin utama DAP. Teresa Kok yang merupakan salah seorang daripada AJK penganjur BERSIH 2.0 tidak banyak bercakap dan mengulas. Kebanyakan ulasannya telah ‘diserahkan’ kepada Mat Sabu. Teresa Kok cuci tangan.

Di Pulau Pinang, Guan Eng memekak kerana demonstrasi yang mengecam kepimpinannya. Guan Eng kelam-kabut menuding ke arah UMNO kerana berpendapat penangkapan Ezam Mohd Nor adalah jelas yang menunjukkan bukti bahawa UMNO terlibat. Anehnya, Guan Eng merupakan antara orang yang paling kuat menyokong BERSIH 2.0 dan berpendapat polis serta kerajaan bertindak sewenang-wenangnya kerana menangkap serta cuba menghapuskan BERSIH 2.0.
Bila kena ke batang hidung sendiri, Guan Eng segera menanggapi demonstrasi tersebut sebagai ganas, tidak bertamadun dan mengganggu. Mengapa pula timbul tanggapan sebegitu? Kalau BERSIH 2.0 boleh ditanggapi dengan baik, mengapa demonstrasi di Pulau Pinang tidak pula diberikan label yang serupa? Dan mengapa pula Guan Eng kelam-kabut mengarahkan polis agar bertindak mengikut telunjuknya bagi mengekang sebarang demonstrasi terhadap DAP Pulau Pinang pada masa hadapan?

Itulah belang sebenar DAP, parti chauvinist yang sangat menyokong kuat Parti Komunis Malaya. Perlu diingat pada Mei 1969, DAP ‘bekerjasama’ dengan agen-agen serta proksi-proksi komunis untuk menghalau serta menghapuskan orang Melayu. DAP cuba mengungkit tentang kematian orang Cina di Kuala Lumpur, tetapi DAP tidak pernah cuba sekalipun untuk membela kematian Melayu yang dibakar dan direbus hidup-hidup di tapak yang sekarang ini berdiri teguh bangunan SOGO, yang juga merupakan salah satu lokasi yang akan dijadikan sebagai tempat demonstrasi BERSIH 2.0!!!
sumber:selangordaily

No comments:

Post a Comment