LAGU UNTUK BLOGGER

Monday, 11 July 2011

HIPPIES DAH NYAYOK....


 
Samad Said dah bertukar profession. Dah jadi penceramah politik pula. Aku tak tahu le samada orangramai faham ke tidak apa yang dia cakap. Sebab kalau orang sastera ni bercakap, cakapnya pasti berbunga-bunga dan penuh dengan kiasan. Kiasan ahli sastera ni kalau orang tak faham, orang akan tepuk tangan walhal apa yang hendak disampaikan perlu disambut dengan air mata.


Malam tadi menurut satu laporan, Samad Said berceramah di Taman Melewar. Antara intipati ucapannya ialah PRU13 pasti ada sinar harapan. Sinar harapan untuk rakyat pula yang berada di tampuk kuasa dan mengajak rakyat menolak golongan bangsawan. Suka puak pembangkang mendengarnya.


Yang puak pembangkang tak nampak ialah, yang berada di tampuk kuasa ialah YDP Agong. Perdana Menteri bukan pemegang tampuk kuasa. PM tiada kuasa bubar parlimen. PM bukan kuasa pemutus istihar darurat. Kalau dalam syarikat, PM hanyalah CEO aje, bukan tuanpunya syarikat. Apakah maksud Samad Said. Pada pemahaman aku, yang benar-benar rakyat memegang dan berada di tampuk kuasa ialah republik. Samad Said ni nak ajak rakyat ke mana?


Kemudian Samad Said menolak golongan bangsawan. Katanya semenjak merdeka, hanya golongan bangsawan sahaja yang berada di atas. Puak pembangkang kena ingat, ceramah sasterawan itu sinis. Samad Said sekarang menentang golongan bangsawan kerana dia sedang memperjuangkan golongan banduan. Tidakkah anda malu berketuakan golongan banduan? Mengapa banduan yang dipuja-puja, sedangkan Malaysia masih mempunyai ramai lagi orang baik-baik yang berkaliber. Sahhh….Samad Said dah nyanyuk!!!
SUMBER:TENGGARA

No comments:

Post a Comment