LAGU UNTUK BLOGGER

Saturday, 2 July 2011

Jurugambar Guan Eng patut ditahan bawah sedition

KUALA LUMPUR 30 Jun - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggelar jurugambar rasmi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Chan Lilian sebagai penghasut kerana mengajak rakyat yang beragama Kristian hadir untuk berarak di jalan raya.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, cubaan menghasut yang dibuat di laman Twitternya amat dikesali kerana sanggup memainkan sentimen keagamaan yang mampu menyemarakkan kemarahan sesetengah pihak.

"Pemimpin tertinggi Kristian sebelum ini telah berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyatakan kesediaan memelihara keamanan negara.

"Ini jelas menunjukkan wanita berkenaan mempunyai niat yang jahat kerana cuba menghasut rakyat untuk mengkucar-kacirkan negara. Saya percaya penganut Kristian tidak akan sesekali berbuat demikian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pendedahan oleh blog, Apanama yang memetik Twitter Lilian @5xmom yang menyebut: ''Saya berpendapat semua penganut Kristian di negara ini harus berarak ke atas semua penganiayaan yang mereka telah lakukan ke atas kita."

Sementara itu, Ibrahim mahu Lilian dikenakan tindakan tegas sekiranya terdapat sebarang unsur untuk menimbulkan kekacauan di negara ini.

"Sebarang cubaan memecah belah agama dan kaum serta keamanan negara kita tolak. Kita mahu pekara ini disiasat kerana kita tidak mahu ia menjadi ikutan.

"Wanita tersebut tidak ubah seperti penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga yang mempunyai niat jahat berselindung di sebalik kepentingan politik," katanya.

Sementara itu, Lilian ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini mengesahkan beliau membuat komen tersebut dalam tweetnya seperti yang dipetik blog Apanama.

Namun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai perkara yang dimaksudkannya dalam tweet itu, Lilian berkata:

''Ia terpulang kepada mereka yang membacanya untuk menilai."
SUMBER: theunspinners 

No comments:

Post a Comment