LAGU UNTUK BLOGGER

Wednesday, 20 July 2011

Bukti! Tian Chua dan Perusuh Serang Polis!


Jika CCTV dari sebuah pangsapuri yang menunjukkan Anwar Ibrahim bersama Datuk T di lobi pangsapuri pada hari kejadian adengan seks, CCTV juga bakal dijadikan bahan untuk mendakwa Tian Chua yang mengepalai segerombolan perusuh Bersih 2.0 menyerang pihak polis.

Baca juga : Bukti! Tian Chua dan Perusuh Serang Polis!

Laporan berita :-
KUALA LUMPUR 14 Julai - Polis menyiasat tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang didakwa bertindak kasar terhadap pasukan polis semasa menyertai perhimpunan haram pada Sabtu lalu.


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, laporan mengenai kejadian itu telah dibuat pihaknya dan polis membuat siasatan dari semua aspek.

"Difahamkan, beberapa individu bersama pemimpin pembangkang turut melakukan tindakan sama terhadap pihak polis. Tindakan undang-undang bersesuaian akan diambil mengikut kesalahan yang dilakukan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Dalam pada itu, menurut Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, pihak polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian serta mengumpul semua maklumat.

"Pihak polis tidak menolak kemungkinan untuk memanggil pihak yang terlibat dengan kejadian tersebut termasuk Tian Chua bagi membantu siasatan," katanya.
sumber:MiM

No comments:

Post a Comment