Ada beberapa blogger yang saya kenali
sebagai penipu. Salah seorang daripadanya adalah Papagomo. Cuma sebelum
ini saya fikir penipuannya bertempat, namun nampaknya penipuannya memang
melampaui batas.KLIK DISINI.
Dulu
Papagomo tidak ego dan bongkak seperti hari ini. Ada yang bercerita,
kabarnya dulu Papagomo adalah seorang anggota polis yang menghadapi
tindakan kes disiplin. Benar atau tidak saya tidak mahu mengambil tahu
sangat sebab ianya tidak penting kepada saya ketika itu. Cuma saya
dimaklumkan bahawa Papagomo hanya berpendidikan menengah dan terpaksa
menyara hidup dengan berniaga di uptown menjual barangan tiruan.
Ketika
itu Papagomo tidak seperti Papagomo yang sekarang yang bongkak dan
penuh penipuan. Penipuan yang nyata ialah apabila saya minta dia
menjelaskan tentang kandungan sms saya - sama ada ada disebut di dalam
sms itu tentang hendak membawa dia ke Lembaga Disiplin parti atau tidak,
dia gagal menjawab YA atau TIDAK. Dia tahu dia berbohong. Sebab itu
saya mintakan pula dia tunjukkan sms itu kepada rakan-rakan twitter yang
lain, itu pun dia tidak berani lakukan sebab pasti pembohongannya akan
terbongkar.
Papagomo
juga tidak beretika. Ketika dia menyerang saya menggunakan blog selepas
PRK Kerdau, saya telah mengambil masa untuk menjelaskan pelbagai
perkara melalui BBM. Saya fikir ia akan berakhir di BBM sahaja, tetapi
sikap tidak beretika Papagomo amat ketara apabila dia bertindak
memburuk-burukkan saya dan UMB melalui tambahan dua lagi posting di
blognya.
Dalam
kes terbaru, Papagomo merasa tidak puas hati apabila saya melaporkan
tweetnya berkaitan Menteri Dalam Negeri dan KDN kepada Setiausaha
Politik. Ini adalah rutin biasa seorang pagawai dan saya telah
mencadangkan kepada Setiausaha Politik untuk menegur Papagomo melalui
saluran parti, iaitu melalui Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju memandangkan
Papagomo adalah ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wangsamaju.
Dalam
hal ini hanya empat pihak sahaja yang perlu tahu. Saya, Setiausaha
Politik, Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju dan Papagomo. Sama ada dia
setuju atau tidak dengan teguran itu, respon terhadap teguran itu boleh
dibuat melalui saluran yang sama tanpa perlu menghebahkannya kepada
sesiapa. Tetapi, oleh kerana Papagomo ini tidak memahami kaedah parti,
dia telah menjadikannya sesuatu isu yang besar menggunakan media online.
Soalan
saya - Apakah Papagomo terlalu besar, lebih besar daripada Perdana
Menteri sehingga tidak boleh ditegur secara politik? Bongkaknya seorang
blogger dan ahli parti jika berfikiran sebegini.
Bagi saya Papagomo sudah terlalu bongkak dan merasakan dia sentiasa betul, tetapi penakut dan bacul.
Nasihat saya kepada Papagomo, jangan berlagak pondan. Masalah Papagomo hanyalah dengan saya. It's between you and me. Jangan jadi bacul dengan menggunakan nama blogger-blogger lain, seolah-olah hendak bersembunyi di belakang mereka.
Selepas
Kerdau dan PRN Sarawak telah timbul banyak prasangka di antara blogger
dengan UMB disebabkan oleh perbuatan dan hasutan Papagomo. Saya terpaksa
mengambil begitu banyak masa untuk memperbetulkan hubungan yang rosak
akibat tohmahan Papagomo. Malah tuduhan bahawa blogger-blogger
dilacurkan adalah penipuan kerana saya tidak pernah menggunakan nama
sebarang blogger yang tidak mahu bersama UMB untuk memohon sebarang
peruntukan.
Jika
Papagomo berani, tidak perlu gunakan nama blogger lain, sebaliknya
hanya berdepan dengan saya sendiri. Apa yang hendak ditakutkan?
Papagomo berjuang tanpa dibayar? Sangat kelakar bila dia mengatakan perkara ini.
Sukar
sebenarnya hendak memberi tugasan kepada Papagomo semasa PRK kerana dia
tidak boleh mematuhi disiplin tertentu. Misalnya, dia akan sibuk
menghurungi VIP sebab jika dia pergi menghurungi VIP, dia tahu dia akan
mendapat sesuatu daripada mereka. Fokus akan hilang sebab yang penting
bukan psy-war PRK lagi tetapi coverage VIP tertentu.
Dalam
PRN Sarawak, apa sahaja posting Papagomo? Paling kelakar semasa orang
sibuk menyerang pembangkang dan mempertahankan BN, Papagomo khayal
dangan kisah dia ditahan polis. Seolah-olah dia pula selebriti;
mengalahkan PM dan menteri-menteri lain la pulak. Mujurlah ada video
seks yang menyelamatkan dan mengangkat `martabat' Papagomo. Dalam PRN
Sarawak sebenarnya ada lebih ramai blogger yang benar-benar menghasilkan
posting yang secara tepat menjawab isu dan menyerang pembangkang dengan
jauh lebih baik berbanding Papagomo.
Papagomo tidak ada peruntukan semasa di Sarawak? Satu lagi cerita kelakar...
(Saya dah menulis sini tentang soal Papagomo dan bayaran, tetapi tidak mengapa saya simpan dulu untuk masa akan datang)
Bagus.
Papagomo telah berjaya meningkatkan taraf hidup. Bersyukurlah sebab
masih ramai blogger termasuk yang selalu mengikuti program UMB yang
belum ada pendapatan tetap dan berdepan dengan pelbagai masalah
kewangan. Mereka ini tidak mengecapi apa yang telah dinikmati oleh
Papagomo hari ini, tetapi mereka tetap berjuang untuk parti tanpa perlu
menyerang sesama sendiri di dalam parti.
Cukup-cukuplah
menyalahkan UMB. UMB tidak ada masalah bekerja dalam serba kekurangan
dan jika diberi penghakupayaan hanya semasa PRK dan PRN. Jika kita gagal
semasa PRK dan PRN, UMB sebagai jentera parti akan memikul tanggung
jawab itu. Tetapi jangan memfitnah UMB kononnya UMB mendapat begitu
banyak peruntukan, sedangkan Papagomo sendiri menerima keistimewaan yang
lebih banyak berbanding rakan-rakan tertentu di dalam UMB.
Nasihat
saya, jika telah menerima peruntukan, tetapi masih gagal melaksanakan
tugas dengan baik semasa Perhimpunan Haram Bersih, walaupun dilengkapi
dengan peralatan yang begitu canggih, Papagomo kena jadi berani dan
tampil ke depan untuk memikul tanggung jawab. Jangan yang baik-baik saja
claim credit, peruntukan sudah diambil tetapi tidak berani
menanggung kelemahan. Bila sudah gagal, memfitnah dan menunding jari ke
arah UMB sedangkan UMB tidak menerima keistimewaan seperti yang Papagomo
terima. Papagomo, anda blogger sepenuh masa dan berbayar, buatlah tugas sebaik-baiknya.
Alhamdulillah,
walaupun tidak diberikan peruntukan seperti kumpulan tertentu, UMB
telah berusaha melaksanakan tugas sebaik-baiknya. Latihan perang siber
telah dilaksanakan secara berterusan agar lebih ramai pejuang siber di
dalam parti dapat terlibat dalam kaedah yang lebih bersistematik dalam
peperangan siber. Jika ada peruntukan, insya-Allah lebih cepat dan lebih
banyak lagi program ini dibuat di seluruh negara. Jika tiada, tugas
anggota UMB akan dijalankan seperti biasa.
Saya
sudah cukup bersabar dengan kerenah Papagomo yang suka berbohong dan
memfitnah. Jika berterusan saya terpaksa mendedahkan lebih banyak
kebenaran. Saya masih mahu berpegang kepada etika dan kerahsiaan, tetapi
Papagomo - cukup, cukuplah.....
*
Ada yang minta saya letakkan gambar Papagomo seperti yang dilakukan
oleh Papagomo dalam postingnya mengenai saya, supaya mereka boleh kenal
siapakah Papagomo yang sebenar. Tapi tidak mengapalah, saya masih mahu
berpegang kepada etika, biarlah Gomo dengan cara jalanannya.
SUMBER:TUN FAISAL
No comments:
Post a Comment