Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata, penggunaan perkataan 'Malaysia' dalam tulisan jawi pada logo halal baru dikeluarkan jabatan itu bukan ejaan jawi bagi perkataan Malaysia, sebaliknya adalah nama Malaysia dalam bahasa Arab.
Jabatan itu mendaftarkan logo halal sebagai Tanda Pensijilan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia di bawah Akta Cap Dagangan 1976.
Logo halal Malaysia yang sedia ada, sudah lama digunakan dan didaftarkan pada 2001 berdasarkan ciri-ciri iaitu antaranya bintang berbucu di tengah bulatan dan dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut. - BERNAMA
sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tiadakesilapanejaanpadalogohalal_JAKIM/Article
No comments:
Post a Comment