LAGU UNTUK BLOGGER

Thursday 23 February 2012

ANWAR LA DALANGNYA MALAYSIA ISRAEL BERDAGANG!


... kerajaan Malaysia ada satu polisi dan pendirian yang jelas bahawa kita tidak ada hubungan politik dan hubungan diplomatik dengan Israel, walaupun sebagai ahli Parlimen saya sedar bahawa ada perdagangan di antara kedua-dua negara.

Tetapi perdagangan itu adalah diantara syarikat, contohnya syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Malaysia yang memerlukan bahan mentah dan tidak boleh diperolehi dari negara-negara lain.

Syarikat ini terpaksa impot dari Israel sebab ada syarikat yang tidak dimiliki oleh rakyat mahupun negara Israel yang berpengakalan di situ, contohnya, Intel.

Intel mempunyai kilang di Israel yang menyediakan bahan untuk membuat mikrocip, semi-konduktor atau bahan untuk dibuat peralatan komputer. Intel yang berpengkalan disini terpaksa impot dari Intel (yang berpengkalan di Israel). Kelonggaran ini telah diberi.

Namun saya ingin memaklumkan Anwar Ibrahim jangan hipokrit dalam hal ini. Hari ini dia kata kerajaan Malaysia membenarkan perdagangan dengan kerajaan Israel, seolah-olah beliau tidak tahu.

Saya mahu umumkan disini bahawa kawalan terhadap perdagangan dengan Israel dikawal dibawah Akta Kastam. Kastam berada dibawah Kementerian Kewangan.

Kelonggaran untuk syarikat-syarikat berdagang dengan syarikat-syarikat di Israel dibuat pada tahun 1996 oleh jemaah Menteri.

Jika sebelum itu kita tidak boleh berdagang dengan Israel. 1996, siapa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Tidak lain tidak bukan Anwar Ibrahim.

Petikan dari Gelombang Wangsa Maju

No comments:

Post a Comment